Jun 30, 2008

Baru pagi tadi 11.54 Peguam Anwar Failkan saman ke atas Dajjal Fitnah Abad Ini

Anwar fail saman berhubung tuduhan liwat


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini memfailkan saman terhadap seorang lelaki yang mendakwa diliwat oleh pemimpim pembangkang itu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap lelaki berusia 23 tahun itu.

Peguam Anwar memberitahu saman itu difail bertujuan membersihkan namanya di mahkamah yang dikaitkan sebagai skandal untuk menjatuhkan kerjaya politiknya. -

Sumber AP

PKR bersurai secara aman di Hadapan Kedutaan Turki. Anwar akan keluar jika mendapat jaminan keselamatan dari kerajaan BN



Syit nya politik Malaysia, modal politik rendah untuk menjatuhkan pemimpin. Jika ini caranya politik orang Islam, jahanam Malaysia nanti.

Skrip Mahazir di olah dan di filem baru di zaman Pak Lah.

Jun 29, 2008

Pagi ini Anwar Mungkin DiTangkap untuk siasatan

Lagi mengenai Anwar, ada cubaan bunuh, PKR akan buat laporan polis, terhadap AG dan IGP

Paklah kata dak, Anwar kata dak, Khalid kata dak, .... Ini kerja siapa kes fitnah akhir zaman ini..

Sidang Media Syed Hussin Ali Pukul 1 ptg tadi, mengenai kes Fitnah Anwar. Dimana Anwar kini....?

Fitnah besar terhadap Anwar Ibrahim. Kenapa BN guna taktik kotor



KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

PM Bentang kajian semula Rancangan Malaysia 9, di Parlimen. Dengar dan komen

Jun 28, 2008

Bantahan Jalanan Kenaikan Harga Minyak : Sesuai atau Tidak !!!!. ....



Rasanya kerajaan tidak menurunkan harga minyak, Kerajaan mungkin akan menggunakan formula lain bagi menampung kos kenaikan harga minyak. Sama-sama kita lihat apa kesudahan isu ini nanti.

Jun 26, 2008

Siapa Yang Benar, Nik Aziz, Dr Asri, Najib, Rosmah, Raja Petra., Khairy.... Allah Maha Mengetahui, Kemudian ulasan MP tentang undian di Parlimen



Siapa yang buat fitnah dia akan menerima azabnya, siapa yang menulis dan melaga-laga orang dan menyebar fitnah akan menerima azabnya nanti.


Wahai penulis blog, anda akan dihitung di akhirat nanti, jangan buat dan sebar fitnah.


Ingatan ikhlas dari : Saya Fauzi ahmad

KALAH UNDI DI PARLIMEN , PR TETAP TERUSKAN PERJUANGAN

Anwar saman kerajaan

Jun 24, 2008

Ezam Kata Duit Masuk akaun PKR, Isu Pasir di Jawap Khalid, Pakaian di Kelantan, Subsidi Minyak Meningkat kepada 27 Billion, Suatu angka yg besar.

Kemelut Kutipan Majlis masuk akaun PKR Selangor, Isu curi Balak di Selangor, Isu Pakaian di Kelantan, Subsidi minyak 27 Billion, Kerajaan Mahu menstruktur semula sistem subsidi dan hanya memberi kepada mereka yang layak sahaja. Apakah sistem tersebut. Pengundian di Parlimen 129 menyokong 78 menentang.


Jun 23, 2008

Nazri Kata Naik Basikal Ke Parlimen Adalah Kerja Budak-Budak dan Suatu Gimik Murahan...

Kalau Nak bincang pasal perpaduan atau apa jua isu, syarat utama Turunkan Harga Minyak - Selehudin Ayub

Ahli Politik Kita Jangan Bersikap Jumud, Buka Minda dan Utamakan Ummah dari peribadi .

Ahli Parlimen PKR berbasikal ke Parlimen

Harap persidangan hari ini membuat keputusan baik untuk rakyat

Mesyuarat parlimen penggal ke 2 akan bermula hari ini, Harap semua ahli parlimen dapat mengemukakan hujah dan cadangan yang baik bagi mengurangkan penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang di pasaran sekarang ini

Jadual persidangan boleh di lihat di bawah:

klik sini

Jun 20, 2008

Pendapat saya di terima dalam laman www.detikdaily.net , sila lihat link berikut

Pendapat saya di paparkan dalam detikdaily.net, sila lihat link berikut

http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2144&mode=&order=0&thold=0

Terima kasih admin http://www.detikdaily.net

Jun 17, 2008

Jumlah pelawat laman blog Tun Mahadzir

Angka sehingga 17 Jun 2008, jam 11 malam ialah, 2,055,992 pelawat. Suatu angka yang tinggi, kerana blog Tun Mahdzir baru 2 bulan di lancarkan. Pengaruh dan kritikannya terhadap Paklah telah menyebabkan setiap hari ahli UMNO, BN dan pembangkang melihat perkembangan muktahir isu Tun melawan Abdullah.

Terbaru mengenai pemilihan UMNO disember ini, Tun kata Najib mahu ambil alih bila keadaan reda, orang najib pula sedang mencari sokongan untuk Najib.

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.chedet.com

Jun 15, 2008

Debat antara PKR dan Polis di hadapan Istana.. akhirnya mereka ke............

Najib ambil alih PM dalam masa terdekat, Royalti Minyak.. lihat pengumuman Pak Lah Di Terengganu... Panas.........

Mahadzir, YAB Pak Lah, Anwar dan Nik Aziz digesa duduk semeja berbincang, bagi mengelak musuh mengambil kesempatan terhadap kita


MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyeru pemimpin-pemimpin Melayu Muslim agar duduk semeja atas semangat persaudaraan untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini.

Dr Asri membuat seruan ini setelah melihat perkembangan politik yang tidak berapa sihat dewasa ini.

“Memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah maka saya merayu pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar dapat duduk semeja atas semangat persaudaraan Islam bukan atas semangat politik kepartian,” kata Dr Asri ketika dihubungi di sini tengahari.

Katanya lagi, masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.

“Maka saya merayu kepada tokoh-tokoh yang mempunyai hubungan baik dengan saya iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz agar sudi duduk semeja demi kepentingan negara,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, keadaan politik semasa membuat beliau terpanggil untuk membuat rayuan ini.

“Disebabkan ketidaksefahaman ini, orang lain mengambil kesempatan dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita terus bertelagah,” katanya.

http://drmaza.com

Jun 14, 2008

Reuter Melaporkan Pak Lah akan letak jawatan,

By Jalil Hamid and Liau Y-Sing
REUTERS

7:15 a.m. June 13, 2008

KUALA LUMPUR – Malaysia's embattled Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi confirmed on Friday he would step down, just three months after winning office, ending a leadership crisis sparked by the coalition's worst ever election result.

Abdullah, who had been widely expected to hand power to his anointed successor, Deputy Prime Minister Najib Razak, however did not spell out the timing of the transition.


Advertisement
'Datuk Seri Najib and I have decided on the right time for me to hand over the premiership to him. We have no problems and we enjoy good working relations,' state news agency Bernama quoted Abdullah as telling government officials in the northeastern state of Kelantan.

'The leadership change will definitely take place at the right time,' he added.

Uncertainties about when Abdullah would hand over power to Najib, together with a steep rise in fuel prices, have raised Malaysia's political risks in investors' eyes, analysts say.

Abdullah has faced mounting public anger since ordering a steep increase in fuel prices in line with a global surge in oil prices, which touched a record $139 a barrel last week. The measure will drive Malaysia's inflation rate to a 10-year high of 4.2 percent in 2008.

But on Friday, a protest opposition supporters hoped would draw 20,000 people managed to draw only several hundred.

'Down with PM, long live the people,' the protesters, mostly young Malays, shouted as they left a mosque in a poor part of Kuala Lumpur after noon prayers and headed to the iconic Petronas Towers in the city centre to underline anger against the state energy giant.

The protest ended peacefully after police prevented the activists from marching to the city centre and they dispersed at the headquarters of the Islamist opposition party Parti Islam SeMalaysia (PAS) party, one of the organisers.

'The people are angry. They say the fuel price is very high so they want to say something,' said Safarizal Saleh, a leader of the youth wing of the PAS.

There are tight curbs on public rallies in Malaysia, and ahead of the rally police warned they would arrest anyone taking part. Hundreds of riot police watched the protesters.

'The voters think it's just an opposition ploy ... exploiting an international issue as a national issue,' said political analyst Shamsul Amri Baharuddin about the small size of the protest. 'They flopped.'


NOT ABOUT BADAWI OR NAJIB'

Abdullah's United Malays National Organisation (UMNO) is the backbone of the Barisan Nasional, which has ruled Malaysia since independence from Britain in 1957.

'It's important for everyone to see the relationship between me and Najib as very crucial to strengthen UMNO and the government and to implement the development projects and programmes that have been planned,' Abdullah said on Friday.

But opposition leader Anwar Ibrahim, campaigning to oust the government and promising to lower oil prices if he takes power, said on Friday his struggle would continue even if Abdullah quit.

'It is not individual. It is not about Abdullah Badawi or Najib Razak. It is about the system,' he said in Dubai.

An analyst said Abdullah was unlikely to step down any sooner. 'It's all mere talk. He made that statement in order to soothe the feelings of people who feel that he should give the leadership to a new person,' political analyst Yahya Ismail said.

Even before the fuel hikes, Abdullah's popularity had been falling with voters unhappy over racial and religious tensions, rising crime and failure to honour a pledge to fight corruption.

Malaysia joined India, Indonesia, Taiwan and Sri Lanka in raising pump prices last week, provoking a public outcry in the oil producing country. Soaring global fuel costs have triggered strikes by truckers from Thailand to Spain.

(Additional reporting by Niluksi Koswanage in Kota Baru and Lin Noueihed in Dubai; Writing by Sanjeev Miglani; Editing by Jeremy Laurence)

Gambar menarik lokasi perarakan membantah kenaikan harga minyak

Kami mahu harga minyak turun, kami mahu pak lah turun,



Jun 12, 2008

Jun 11, 2008

DEBAT ANTARA SHAHRIL DAN SELEHUDDIN AYUB, BERSAMA-SAMA WARTAWAN . LIHAT HUJAH BUKAN LIHAT SIAPA HEBAT.

part 1





part 2




part 3





Part 4




Masing-masing semua hebat. Siapa kata tak hebat. Cuma ada hujah yang di patah Shahrir dan ada hujah baik dari selehudin. Soal ekonomi sepatutnya ahli ekonomi yang bercakap dan kalau ahli politik yang cakap ekonomi, ia merupakan satu kelebihan

Pendedahan Azmin Ali mengenai Khir Toyo

Jun 9, 2008

Rahsia Jambatan Bengkok di dedah Tun Mahadzir, Abdullah semakin tertekan, apa sudah jadi ni....

Pembatalan Jambatan Bengkok

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat. Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.

Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;

1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia
2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar
3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro
4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia. Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak.

Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru. Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar.

Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan. Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.

Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok).

Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu. Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang. Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok. Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan. Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.

di petik dari laman web chedet.com

Krisis minyak, masa sesuai PR ambil alih kerajaan, kata anwar




Jun 6, 2008

Ahli parlimen perlu mencari jawapan secara saitifik dan ilmu bukan emosi dalam isu minyak. Mereka harus kreatif mencadang dan berbincang di parlimen.



Apakah alternatif sumber tenaga 100 tahun akan datang. Negara lain sudah melihat alternatif kepada minyak. Kita pula terus membina kereta enjin minyak sedangkan minyak akan habis dalam masa terdekat abab akan datang.


Kita patut berbincang untuk masa depan anak cucu kita. Masa ini memang gawat.

Kerajaan Perlu berjimat cermat, sebelum memberi beban kepada rakyat, jimatkan belanja kerajaan dan beri imbuhan kepada rakyat

Protes lebih 100 ribu di KL Julai Ini. Perlu atau tidak tindakan begini. Kini PR cuba memberi tekanan kepada BN

There was an error in this gadget