Jun 14, 2009

Jun 8, 2009

Penjelasan PAS isu ulamak dan profesional




PENJELASAN DR HASSAN ALI


Pelabuhan Klang Free Zone - skandal

Jalan ceritanya, Khir Toyo masa jadi MB Selangor telah memberi 1,000 ekar tanah kepada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) untuk dibangunkan secara usahasama dengan Kumpulan Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

KDSB kemudiannya membeli tanah itu daripada KPPL pada harga RM3 sekaki persegi. Lepas tu KDSB jual pulak 1,000 ekar tu kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (KPA) dengan harga RM25 sekaki persegi.

Jual beli itu membabitkan kos RM1.088 bilion tetapi termasuk 'riba' 7.5 peratus setahun untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, ia menjadi RM1.807 bilion termasuk 'untung atas angin' yang dikaut oleh KDSB.

Untuk membayar jumlah yang billion itu, maka PKA pun gunakanlah wang rakyat melalui pinjaman mudah (soft loan) daripada kerajaan. Dengan itu, bermulalah skandal PKFZ yang amat popular waktu ini.

Banyak nama besar dalam kerajaan, berkepentingan dengan PKFZ telah didedahkan oleh PWC dalam audit mereka. Mereka adalah bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik, Pengerusi KPA Dato Chor Chee Heung, Dato Seri Tiong King Sing dan Datuk Lee Hwa Beng.

Memang kebanyakannya adalah nama besar dalam MCA sebab almaklum-sahajalah,PKFZ merupakan projek Kementerian Pengangkutan iaitu kementerian hakiki untuk MCA di dalam kabinet.

Maka, Menteri Pengangkutan sekarang, Ong Tee Keat pun bersuara dengan nada separa ikhlas “Saya bangga rakan Kabinet saya berkongsi aspirasi supaya kerajaan ini perlu telus dan menangani isu semasa secara langsung. Menyembunyikan masalah itu bukan satu pilihan,” katanya.

Tetapi, disebalik penjelasan Tee Keat itu, masih timbul kemusykilan. Kemusykilan pertama, kenapa nama Pengerusi Eksekutif PKFZ Sdn.Bhd. Lim Thean Shiang tiada dalam senarai skandal itu sedangkan beliau adalah pengendali utama PKFZ?

Bagaimana boleh Thean Shiang diberikan peluang menyelamatkan dirinya dengan meletakkan jawatan dua minggu lebih awal sebelum PWC membogelkan PKFZ?

Kemusykilan kedua, kenapa Tee Keat amat beriya-iya benar untuk tetap meneruskan projek itu walaupun imej PKFZ sudah hitam? Tee Keat juga amat beriya-iya untuk melantik "PENASIHAT PROFESIONAL" bagi memulih dan meneruskan PKFZ?

Pasti ramai yang bertanggapan bahawa TUAN PENASIHAT yang bakal dibawa masuk oleh Tee Keat itu juga adalah puak-puaknya dalam MCA. PENASIHAT ini akan menggunakan modus operandi sama seperti KDSB, mengkebas berbilion ringgit melalui kemahiran matematik mereka.


Baca seterusnya


There was an error in this gadget