May 27, 2009

Blog kontroversi , kg sukhirin, blog matamin, - http://matamin.blogspot.com/

http://matamin.blogspot.com/


Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam

Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) adalah sebuah kampung bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas penandatanganan perdamaian 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989. Justeru itu kampung ini berlatarbelakangkan perjuangan bersenjata yang bermula sejak Jun 1948 menentang penjajah Inggeris untuk kemerdekaan tanah air. Rejimen Ke-10 didirikan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D.

Lihat gambar dan cerita terkini blog matamin, di link berikut

http://matamin.blogspot.com/

May 20, 2009

Samseng Jalanan - Ganti "Mat Rempit"



Sah ..........

Perkataan Mat Rempit di ganti dengan Samseng Jalanan. Sumber Polis dan TV3 mengatakan sudah ditukar

Sebenarnya gelaran ini di tuju khusus, 90% kepada anak muda Melayu, yang perlu di dekati ahli politik melayu tak kira UMNO, PAS atau PKR.

Jangan asyik berpolitik, sedangkan anak muda melayu di jalanan yang tak tahu arah tuju terbiar sahaja.

Cuba turun padang ke jalan raya, lihat dan tanya khabar anak muda melayu ini.



Tanya mereka:

1. Apa keja, keja mana, keluarga ada ke,
2. Kenapa datang sini
3. Kelulusan mereka, kemahiran mereka,
4. Ibu bapa di mana, masih ada ke keluarga
5. Apa masalah mereka,
6. Lihat golongan umur mereka
7. Lelaki ke perempuan ke,
8. Hisap rokok ke, ganje ke, minum ke

dan banyak persoalan yang perlu di selesai Ahli parlimen, wakil rakyat dan pemimpin politik, NGO dan kita semua.

Kerana 90 % lebih adalah anak melayu kita. Kalau nak berjuang, cuba selesai dulu masalah sosial ini dan baru cakap soal nak memerintah, rakyat diutamakan. Ini peluang nak buktikan rakyat di utamakan.

Tudung Siti : Syariat atau sekadar fesyen


Kalau nak pakai tudung biar ikut syariat, jangan main letak sahaja, jambul depan masih terbuka, ia tetap tak ikut berdosa. Buat betul-betul, Dulu semasa jumpa Tuan Guru Nik Aziz boleh pakai elok pula. Kalau nak mengikut syariat dan hukum Islam, pakai elok-elok, jangan hipokrit, di KL dedah depan dan ketat, di Kota Baharu elok pula, Jangan takut pada Nik Aziz tapi takut pada Allah.

May 15, 2009

APA PERLU TUAN HAKIM KATA KHAMIS NANTI ? - KES NIZAR LAWAN ZAMRI

Tuan hakim yang mulia, sudah sedia maklum bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa DS Nizar Jamaluddin adalah MB Perak yang sah, manakala dalam pilihanraya lalu rakyat perak telah memilih pakatan rakyat memerintah.

Tuan perlu membuat keputusan dimana rakyat perak di utamakan, bukan atas kepentingan parti politik. Jika dulu rakyat memilih pemerintahan melalui pilihanraya, maka dalam kes ini, hak rakyat juga perlu dikembalikan.

JANGAN BELI HAKIM SUDAHLAH..?

May 13, 2009

BN Merayu Untuk Memerintah, Manakala Mahkamah Tinggi dan Rakyat Menyokong PR


Ah hai, maka tersebut cerita sebuah parti kerajaan pusat yang bernama Barisan Nasional terpaksa merayu untuk memerintah Kerajaan Negeri Perak, sedangkan hak dan keputusan Mahkamah Tinggi dan keputusan Rakyat Perak dan pilihanraya dahulu di ketepikan.

BN telah merayu kepada mahkamah rayuan supaya keputusan Nizal sebagai MB di tangguhkan, tetapi sebagai orang kampung, kami faham, bahawa hak MB adalah pada DS Nizal Jamaluddin, manakala Zamri adalah MB hasil lompat katak 3 ADUN PR dahulu. Jadi dari segi moral, BN tiada mandat rakyat dan semua orang faham bahawa BN memerintah hasil lompatan dan kini BN terpaksa merayu pula di mahkamah rayuan untuk memerintah.

Jika aku jadi MB, rasa malu teramat sangat, duduk di pejabat MB perak.

Apa pendapat anda.

May 11, 2009

Perak 2 MB, Apa penyelesaiannya

Hari Ini DS Nizar telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi, bahawa beliau masih sah sebagai MB Perak. Jadi Apa jadi pada Dato Zamri. Kini ada 2 Menteri Besar. Mana satu nak pakai.

Penyelesaiannya:

1. Dato Zamri letak jawatan dan DS Nizar jadi MB
2. Bubar DUN Perak
3. Tubuh Kerajaan Campuran

Jika pilihan pertama, Zamri letak dan Nizar Naik jadi MB, maka ia menjadi MB yang kurang kerusi akibat ahli pakatan lompat BN sebelum ini. Maka ia jadi MB yang tak kuat kecuali mendapat kerjasama BN dalam menyokong apa-apa usul di DUN Perak.

Pilihan kedua kemungkinan berlaku, tetapi dengan kos perbelanjaan pilihanraya baru yang tinggi. Tetapi itu merupakan jalan terakhir sekiranya cadangan tubuh Kerajaan Campuran BN dan Pakatan tidak berlaku.

Dalam keadaan yang masing-masing tegang leher dan masih tak mau mengalah, agak sukar menubuh kerajaan campuran.

Apa cadangan anda.

May 8, 2009

May 7, 2009

RAMPAS KUASA TAK SAH DI TENTANG HEBAT RAKYAT












Jalan terbaik ialah bubar DUN Perak dan adakan semula pilihanraya baru negeri Perak.