May 11, 2009

Perak 2 MB, Apa penyelesaiannya

Hari Ini DS Nizar telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi, bahawa beliau masih sah sebagai MB Perak. Jadi Apa jadi pada Dato Zamri. Kini ada 2 Menteri Besar. Mana satu nak pakai.

Penyelesaiannya:

1. Dato Zamri letak jawatan dan DS Nizar jadi MB
2. Bubar DUN Perak
3. Tubuh Kerajaan Campuran

Jika pilihan pertama, Zamri letak dan Nizar Naik jadi MB, maka ia menjadi MB yang kurang kerusi akibat ahli pakatan lompat BN sebelum ini. Maka ia jadi MB yang tak kuat kecuali mendapat kerjasama BN dalam menyokong apa-apa usul di DUN Perak.

Pilihan kedua kemungkinan berlaku, tetapi dengan kos perbelanjaan pilihanraya baru yang tinggi. Tetapi itu merupakan jalan terakhir sekiranya cadangan tubuh Kerajaan Campuran BN dan Pakatan tidak berlaku.

Dalam keadaan yang masing-masing tegang leher dan masih tak mau mengalah, agak sukar menubuh kerajaan campuran.

Apa cadangan anda.

No comments:

Post a Comment