May 31, 2008

ZAID JAWAP MUKRIH DAN TAJUDIN.

Kenyataan Terbaru Anwar Ibrahim, tentan Tun M dan politik hari ini

Akhirnya Pejuangan penduduk di Mahkota Cheras Mendapat Kejayaan. Jangan lebihkan kepentingan ekonomi dari kepentingan awam.



Dasar penswastaan lebuh raya perlu dikaji semula. Isu bandar mahkota cheras membuktikan bahawa, syarikat konsensi lebuh raya lebih berkuasa dari pihak kerajaan sehingga memudaratkan kepentingan awam. Kerajaan perlu kaji dasar pembinaan lebuhraya agar kepentingan awam diutamakan, bukan kepentingan individu atau syarikat.


May 30, 2008

Timbalan Menteri Pelancongan Bohong, Isu Kerajaan Kelantan tak kerjasama, pertikaman lidah berlaku dalam perlimen

Peluang Pembangkang Meraih Sokongan Rakyat

Bagi saya 5 buah negeri menjadi negeri PR. Jika dalam masa 4 tahun ini 2008 hingga 2012 Pakatan Rakyat (PR) dapat membuktikan bahawa mereka adalah parti yang boleh menjadi alternatif dan mampu membawa perubahan kepada Rakyat, maka ia akan menjadi pilihan ramai pada pilihanraya ke 13 tahun 2012 nanti.

Inilah masa terbaik PR boleh membuat testimonial terhadap kemampuan anda semua. Semua pihak melihat anda dalam masa 4 tahun ini. Jika anda berjaya membawa perubahan dalam pemerintahan anda maka 4 tahun lagi anda akan dipilih , jika tidak parti lain akan menjadi pilihan rakyat.

Kini rakyat tidak lagi taksub kepada sesuatu parti dan mereka menilai terhadap prestasi ssuatu parti politik dan akan berani membuat pilihan.

Parlimen patut bincang isu Bandar Mahkota Cheras. Ahli parlimen DAP tak puas hati. Kenapa Kerajaan Takut Nak bincang.




PARLIMEN TAK MAU BINCANG, INI KEPUTUSAN SPEAKER... LEPAS TU BERLAKU PERTIKAMAN LIDAH ANTARA AHLI PARLIMEN DENGAN SPEAKER


May 29, 2008

Kenapa Ezam Masuk UMNO: lihat temuramah live dengan TV3



Mahadzir keluar, ezam masuk...

Suatu kejadian yang menimbulkan kemarahan penduduk, siapa salah... 5 laporan polis di buat. Kenapa jadi macam ni... Kerajaan Perlu bertindak segera ..




Apa dah jadi Malaysia. Keadaan tidak akan aman selagi isu ini tidak di selesai segera.

May 28, 2008

Perbelanjaan, ............. dan CYC salah satu kegagalan kementerian Belia

Isu Buka Tutup Jalan Mahkota Cheras : Penduduk Degil atau Kerajaan Tak Pandai Selelesaikan,, atau Gagalnya Town Planning Malaysia ...???



Sebagai bekas pelajar USM bidang Town Planning, saya melihat isu ini sebagai kegagalan perancangan bandar di Kuala Lumpur amnya dan khusus di Cheras. Keputusan pembinaan perumahan dan jalan raya serta sistem lalulintas kawasan berkenaan tidak peka kepada masalah rakyat yang bakal mereka hadapi.


Pihak utama yang perlu disalahkan ialah PBT yang melulus pelan pembangunan kawasan tersebut termasuk Exco Kerajaan Selangor dan Jawatan Kuasa pembangunan ketika itu. Mereka perlu ambil kira sistem lalulintas, sistem tol, sistem lebuhraya dan isu tanah. Kegagalan Town Planning dan penguatkuasaan PBT serta pegawai yang berkenaan amat dikesali.


Isu ini boleh memalukan negara dan PBT serta sistem pembangunan perumahan negara. Kerajaan Negeri sekarang perlu komitmen tinggi untuk selesaikan masalah rakyat tersebut, jangan biar ia menjadi bara api.

Selangor dan Pulau Pinang Haramkan Islam Hadhari .. Kenapa?

Selangor dan Pulau pinang telah haramkan Islam Hadhari. Kenapa jadi begitu. Apa silap kerajaan dalam hal ini, konsep atau pendekatan atau Islam tak boleh di label-label begitu.

Bagi saya Islam tetap Islam dan jangan ada tokok tambah. Elok di ubah dari islam hadhari kepada pelaksanaan Islam

Islam bukan alat tetapi adalah matlamat. Penggunaan Islam dalam apa pun perlu berhati-hati, kalau tak .... ini jadinya. Orang islam sendiri yang mempertikai sendiri. Mufti Perlis kata tak boleh label pada Islam itu. Islam adalah agama suci dan semua pihak perlu menjaganya. Jangan guna Islam untuk kepentingan sendiri atau kumpulan.

lihat apa kata Mufti perlis

http://drmaza.com/wp-content/sinar17042008n15.jpg

May 26, 2008

Islam itu Matlamat Bukan Alat

Kita tidak menonjolkan pegangan kita kepada Islam ini kerana hendak menjaga hati rakyat, atau keyakinan pengundi atau ‘apa orang kata’ atau untuk meraih dan mengaut untung sesuatu habuan atau perniagaan. Kita tidak boleh berkempen kepada Islam supaya dapat mengukuhkan politik kita, atau melariskan jualan kita, atau meng’halal’kan kesalahan kita.

Berpegang dengan Islam sebagai agama yang diimani amatlah berbeza dengan berpegang dengan Islam sebagai alat mengauh atau meraih keuntungan tertentu. Pegangan Islam sebagai al-Din adalah jalan hidup para rasul dan pengikut mereka.

Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..

Katakanlah: Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah al-Am’am: 161-164).

BACA SETERUSNYA

May 23, 2008

Kerajaan BN kini tak menentu arah tuju

Selepas Mahadzir keluar UMNO keadaan dalam negara seolah-olah tidak menentu dan suasana politik yang penuh dengan perbagai kecaman dan andaian serta tuduh menuduh antara satu pihak dengan pihak yang lain. Bagi pihak kerajaan perbagai isu ditanggani sambil lewa dan tidak menjelaskan isu dengan jelas. BN tidak menjawap isu dengan baik apabila pembangkang membuat kritikan.

Dalam UMNO sendiri mereka gaduh sesama sendiri dengan perbagai tuduhan dan pendapat dan juga kecaman antara mereka. Banyak ahli UMNO menilai kepimpinan UMNO sebagai sebab utama kejatuhan banyak kerusi dalam PRU 12. Di kedah sendiri ramai yang keluar parti.

Manakala Musa hitam dan sharir samad menuduh mahadzir sebagai duri dan sebaliknya. Mukrikh pula memberi kata dua pada PM dan pemuda Jerlun pula sokong Mukrikh. Hishamudin pula nampak macam lembut pada Mukrikh. Khairi pula nampak diam saja. Rapidah pula kata UMNO macam tak boleh kritik. Nampaknya tak kesudahan politik dalaman UMNO.

Pembangkang sedang tunggu dan lihat. Apakah teori RAHMAN akan menjadi kenyataan. dimana PM terakhir ialah Najib atau N = New Goverment.

Pertemuan MB Kelantan dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

ISU DAKWAT 2 JUTA LEBIH, BELI DULU KEMUDIAN BARU BATAL.. WAN AZIZAH MENGAMUK DI PARLIMEN

May 22, 2008

Jika PAS , DAP dan PKR Dapat memberi layanan yang baik kepada orang melayu, UMNO menjadi tidak relevan - Kata Mahadzir.




Jika UMNO tidak relevan maka beliau takut BN akan kalah teruk lagi pada PRU 13 nanti. Sebab itu Mahadzir kata UMNO perlu reform dan Pak Lah perlu letak jawatan. Pak lah tak mampu menerajui BN dan UMNO... Kata Tun M.

Kerajaan Selangor dingatkan belanja dengan berhemah dan ikut kemampuan kewangan - TITAH SULTAN SELANGOR




Petikan berita TV3. Sultan menyeru kerajaan Selangor berbelanja mengikut kemampuan dan jangan membazir. Cari sumber baru ....

Parlimen kini

KEPUTUSAN MT UMNO 21 MEI 2008, - PELAN PEMULIHAN POLITIK UMNO. Apakah UMNO boleh berjaya, ..?

Berikut adalah kenyataan penuh keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada sidang media jam 12.15 tengah malam:

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada hari ini telah mengambil maklum bahawa Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir telah mengutuskan surat secara rasmi kepada UMNO untuk keluar dari parti.

Jadi mesyuarat pada hari ini mengambil maklum akan keputusannya dan majlis Tertinggi juga berharap bahawa Yang Amat Berbahagia Tun dapat kembali kepada parti pada suatu masa nanti.

Yang kedua Majlis Tertinggi hari ini juga telah membincangkan rangka Pelan Pemulihan Politik UMNO dan beberapa pandangan telahpun diutarakan sebelum ini dalam mesyuarat, dan kita akan mengadakan satu perjumpaan khas untuk memantapkan lagi Pelan Pemulihan Politik ini.

Pelan Pemulihan Politik ini akan menjadi landasan untuk UMNO bergerak dengan bersungguh-sungguh untuk memperkasakan kedudukan parti UMNO dan untuk terus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli-ahli parti dan rakyat secaa umumnya.

Majlis Tertinggi pada hari ini juga memutuskan untuk terus memberi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Presiden parti untuk terus memimpin dan untuk mengembalikan keyakinan kepada parti dalam usaha kita berasaskan kepada Pelan Pemulihan Politik.- 21/5/2008

Petikan berita TV3 dan RTM1
---

Persoalan sekarang APAKAH PELAN PEMULIHAN UMNO, apakah PM akan letak jawatan dalam masa terdekat ini atau pada Dis ini. Ini menjadi misteri lagi. MT tidak memberi ulasan panjang mengenai Tun M, cuma menerima keputusan keluar UMNO, saya rasa MT UMNO sudah faham isyarat Tun dan Paklah juga kena faham kehendak ahli bawahan ini.

May 21, 2008

PANAS .... PANAS ....Ramai ahli umno keluar parti di kedah. Mungkin Teori Anwar akan menjadi menjelang Ogos nanti

156 ORANG KELUAR UMNO

TERKINI 21 MEI 08

panas ..............

LAIN-LAIN PENDAPAT MENGENAI UMNO

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar daripada Umno adalah bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku di dalam parti berkenaan. AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga Presiden Umno terdahulu (Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Hussien Onn) juga tidak berdiri sebagai ahli Umno di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Ulasan ringkas Tun Mahathir bahawa beliau akan berada di luar Umno sehingga kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ditukar ganti adalah satu kenyataan yang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak relevan lagi masa kini.

AMK komited dengan pendirian bahawa Tun Mahathir bertanggungjawab dengan segala bentuk cacamarba yang berlaku dalam konteks politik dan perundangan yang berlaku di Malaysia semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan seawal tahun 1980-an. Ini diperhebatkan lagi dengan sifat 'duduk dan diam' Abdullah yang memandang ringan 'kekotoran' yang diamanahkan kepada beliau sepanjang beliau memerintah Malaysia dari tahun 2004.

Kekalutan yang melanda Umno seusai Pilihanraya Umum Ke-12 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Umno dan Barisan Nasional memberi gambaran bahawa hayat Umno dan politik perkauman sudah sampai ke penghujungnya.

AMK dengan tegas menyatakan bahawa apa yang berlaku ini adalah masalah dalaman Umno, tetapi AMK percaya bahawa biar sehebat mana perubahan kepimpinan dilakukan di dalam Umno, ia tidak akan meredakan amarah rakyat yang sekian lama dizalimi dengan politik sempit naungan Umno/BN.

Kini tiba masanya kita menjunjung Ketuanan Rakyat demi merealisasikan Harapan Baru buat segenap lapisan rakyat Malaysia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Mukrif akan keluar UMNO Julai ini, Lim Guan Eng ulas Tun keluar UMNO

Sidang Media Mukrif




Lim Guan Eng ulas TUN M keluar UMNO

Kualiti IPTS - parlimen 21 Mei

Isu Lompat Parti Apa kata Tian Chua dan Shahrir

Tian Chua





Shahrir

Sidang Parlimen 20 Mei 08

Sidan DUN Selangor 21 Mei 2008



Klik "PLAY" untuk melihat live sidang dewan undangan Negeri Selangor, mulai 21 Mei hingga 26 Mei 2008


Selamat menonton. ehsan http://www.selangor.gov.my

KENAPA TUN MAHADZIR KELUAR UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Petikan dari www.chedet.com

AHLI PARLIMEN UMNO SOKONG ABDULLAH ..... BETUL KE?




Kenapa YB Nazri memberi statment, mana setiausaha agung UMNO, Ketua penerangan, Naib Prisiden UMNO. Mana ketua Pemuda dan Putri.

May 19, 2008

Tun Mahadzir Keluar UMNO. 19 Mei 08..... Panas.... Terkini .... Gempar dan tekanan pada Pak Lah





SEBAB UTAMA IA KELUAR UMNO KERANA PAKLAH MASIH PERDANA MENTERI. KRISIS POLITIK UMNO DALAM KEADAAN KURANG BAIK. INI TINDAKAN POLITIK TUN YANG MAHU MEMBERI TEKANAN PADA PAKLAH SUPAYA MENDENGAR PENDIRIAN AHLI UMNO.


Ini adalahtik ulang tayang ke 2, Tun dalam sejarah politik sebagai ahli UMNO. Dulu semasa Tunku Abdul Rahman Beliau pernah keluar UMNO dan masuk semula setelah Tunku letak jawatan PM. Kini gilaran Bang Lah pula. Banyak komen mengenai perkara ini dalam internet dan bagi saya semua ini, adalah tindakan politik untuk memberi tekanan kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.


Ahli parlimen Tuaran berkata, bangunkan sabah, hentikan program angkasawan ke 2

STOP Angkasawan Program, Instead use the money to develop Sabah and Sarawak

I propose that the government’s program in sending the second angkasawan into space should be suspended with immediate effect, or totally stop and instead the money should be utilize in developing Sabah as Food Producing state. There is no point in us being able to spending millions of ringgit to send man into space when the we are still totally depending of rice imports to feed our citizen. Currently the world is facing a food crisis where several third world countries are facing severe food shortages. Sabah is only producing slightly above 35% of its rice requirement and should the percentage dip below this, our rice and food situation in Sabah should be consider on a disastrous level. By right, Sabah and Sarawak should be able to produce its own rice if everyone is committed into embarking on rice cultivation with government assistant. When I was a member of the State cabinet (1999-2000), a proposal was made to identify 20,000 hactares of land to be developed into rice cultivation. The proposal was followed by the Ministry of Agriculture and Food Industry, then under Datuk Lajim Hj Ukin and I remember being told that an area have already been identified. But until now, the Ministry of Agriculture and Food Industry seem to be still in the process of identifying those areas. I suggest that if those suitable areas are under forest reserve, the government can turn other hilly and untenable state land into forest reserve and release this suitable land to be developed for rice cultivation.

May 17, 2008

Klip Video adalah tulen, memang sah ada pakatan dalam mengatur perlantikkan hakim untuk tujuan tertentu yang tidak di ketahui.... apa dah jadi.....???




DEDAHKAN KEPADA UMUM SEMUA SEKALI DAN JANGAN SELEKTIF. TELUS DAN IKHLAS UNTUK KEMBALI KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA SISTEM KEHAKIMAN NEGARA

May 16, 2008

Nama Tun M termasuk dalam laporan siasatan diraja.... apa sudah jadi sistem kehakiman kita.... RASUAH BESAR ..?????



Mereka di atas anda sedia maklum dan kenal. Mereka adalah nama penting yang disebut dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video Linggam. Laporan itu dapat kita simpulkan bahawa sistem kehakiman kita ada unsur rasuah yang berat dan hakim boleh di beli dan saya malu dengan apa yang berlaku. Tahniah Anwar Ibrahim yang berani mendedahkan isu besar ini dan anda boleh nilai sistem ketika itu.

Korek korek korek ...............................




Lihat video yang telah menjadi bukti penting sehingga Nama Tun Mahazir termasuk senarai nama yang terlibat.




Apa komen anda

PAS lancar Tabung Kemanusiaan Nargis Burma, Lihat sidang akhbar Prisiden PAS

Lihat sidang akhbar Safudin Nasution mengenai isu dera dalam angkatan tentera

May 15, 2008

Harap Dato Najib Jawab segera video pendedahan tentera mendera rakan sendiri di ladang kelapa sawit



Sumber video ini dari keadilantv. Harap mereka yang terlibat memberi penjelasan mengenai penyiksaan yang dilakukan ke atas rakan tentera. Ya betul lah mereka tentera, tetapi berpada-pada lah. Kita manusia.

Dato Noh, Pendidikan, dan menjawap beberapa soalan dari BN dan DAP

May 14, 2008

Parlimen hari ini, kontrak sosial apa jawapan menteri

Ahli politik dan bekas ketua hakim tak sesuai jadi anggota suruhanjaya

Berita Terkini 14 Mei 08, Dari Dato Zaib Ibrahim, Sistem Kehakiman Malaysia dan laporan suruhanjaya



Karpal tak di tangkap, zaid kata laporan kes video lingam mungkin diumumkan, isu semasa 13 Mei 2008.


KERANA BABI AHLI PARLIMEN KITA BERTEGANG URAT............. LIHATLAH......................

Jangan Jadi Tarikh 13 Mei 69, sebagai Tarikh menakutkan Rakyat. Apakah Pendekatan BN itu betul atau tarikh itu sebagai peringatan sahaja...

Lihat dan dengar Pandangan Wan Azizah mengenai perkara ini, apakah 13 Mei satu fobia kepada semua rakyat, adakah pendekatan BN menakutkan rakyat dengan peristiwa 13 Mei sebagai berasas, .....


Dato Mustaffa, Haji Hadi Bercakap Mengenai Pertanian dan nasib petani kita



Ahli parlimen pasir salak marah pada menteri pertanian

Dato Mustaffa, Haji Hadi Bercakap Mengenai Pertanian dan nasib petani kita

May 13, 2008

ANWAR GESA ROMBAK SEMULA SISTEM KEHAKIMAN DAN PULIH KEMBALI KEYAKINAN RAKYAT. ....

Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya di sidang akhbar di pejabatnya petang tadi.

Beliau bagaimanapun berkata pendekatan yang diambil untuk mereformasi badan kehakiman sekarang adalah salah.

"Apabila timbul kes Tun Salleh Abbas misalnya, kita siasat kes ini. Apabila timbul kes Lingam, kita siasat kes Lingam. Sampai bila masalah ini akan selesai?

"Bagaimana dengan ribuan kes yang lain? Masalahnya adalah keseluruhan sistem kehakiman itu sendiri," katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat sedia memberi cadangan penuh untuk reformasi badan kehakiman.

Anwar berkata, amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.

"Kerajaan juga mesti memastikan pendakwaan terhadap kes salah laku jenayah yang dilakukan peguam negara bebas daripada gangguan pemerintah," katanya lagi.

BN sabah minta lebih, .... Apakah mereka akan lompat parti....



ANWAR BUAT ULASAN TENTANG ISU LOMPAT PARTI



May 11, 2008

Temuramah star dengan Tan Sri Muhyiddin

17 ahli parlimen akan tukar parti : Betul Ke??? PANAS PANAS ?????

GEMPAR: Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini.

Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan.

Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan.

Sumber itu berkata majoriti dariapda 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah.

Selain itu beberapa orang antaranya adalah dari semenanjung.

Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi mengatakan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN Sabah semasa berada di Hong Kong baru-baru ini.

Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan Malaysia.

Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru.

Dakwaan yang dibuatnya itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga. – 10/4/2008

Adab seorang peraturan perbahasan ahli parlimen

CABAR MENCABAR ANTARA YB. INI PATUT LIHAT

May 9, 2008

Ahmadinijad ahli parlimen yang sederhana



Ahli parlimen Iran yang sederhana. Apakah dia mampu memberi sumbangan kepada pembangunan umat Islam terutama dalam soal makanan. Bagaimana ia menggunakan kekayaan minyaknya untuk umat Islam.

TERKINI DARI KARPAL SINGH MENGENAI ISU DENGAN SULTAN




Apa pendapat anda mengenai kenyataan karpal singh itu?

aku harap pemerintah dapat selesaikan secara pentadbiran dan undang2. Usah mempolimik dan mempolitikkan isu ini lagi. Ia akan membakar hati melayu. Ok

Ibrahim Ali Dengan OKU di Parlimen, Memorandum bantahan dari OKU diserah pada ahli parlimen. Lihat pertikaman lidah antara Ibrahim dan OKU

Kes Rasuah Dibentang Oleh Azmin Ali PKR, BN tak senang duduk minta laluan, tetapi speaker tak benarkan

Nazri Sokong Akta Universiti Kolej Universiti di mansuhkan.

MINTA YB DAN PM DAN AHLI PARLIMEN CHERAS SELESAI ISU BUKA DAN TUTUP JALAN DI CHERAS



Isu ini jangan dibiar lama, kalau nak tutup perlu ada ALTERNATIF. Jangan biar penduduk buka. Kawasan itu kalau jadi accident, akan timbul masalah. Harap ahli parlimen cheras dan menteri kerja Raya dan LLM serta Kerajaan Selangor selesai segera masalah ini.

Ong Tee Keat & Tengku Razaligh Komen Mahadzir



APA DAH JADI POLITIK MALAYSIA.

May 8, 2008

Amaran Mahazir Pada BN

May 7, 2008

Luahan Perasaan Pekerja Di Hadapan Parlimen 7 Mei 2008, Tepung naik, gula naik, roti canai naik, barang naik, GAJI TARAK NAIK...





ADAKAH ANDA SETUJU GAJI NAIK, APAKAH GAJI MINIMUM 900 SEBULAN AKAN MEMBERI KESAN KRISIS EKONOMI MASA DEPAN.

Ancaman Anwar Ahli Parlimen Lompat Parti Jangan Pandang Mudah: Kata Tun Mahazir

May 6, 2008

Isu beras sedang dibincang hangat di Parlimen

Karpal Pertikai Kuasa Sultan Perak




Karpal pertikai kuasa Sultan Perak

PENGERUSI DAP, Karpal Singh semalam mempertikaikan kuasa Sultan dan campur tangan istana dalam pentadbiran kerajaan negeri, termasuk dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury.
Beliau mendakwa Sultan Perak tidak mempunyai hak dalam undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan Kerajaan Negeri Perak yang menukar Jamry sebagai Pengarah Jaip baru-baru ini.

"Dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan pada 1982, jelas menunjukkan kerajaan negeri berhak menukar kakitangan awam termasuk di peringkat Pusat pada bila-bila masa dan ke mana saja. Sultan Perak pernah menjadi Ketua Hakim dan tidak sedar kes ini.

"Menteri Besar Perak sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan Perak tidak sepatutnya dipengaruhi istana...begitu juga dengan perkara pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perlis yang mana istana campur tangan.

"Istana kena faham jangan melampaui batas dan had kuasa. Sultan adalah ketua negeri masing-masing. Malaysia adalah negara tunggal yang ada sembilan sultan, jumlah terbesar di dunia. Kerajaan Pusat patut memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Menteri Besar Perak melantik semula Jamry.

"Kita tak hidup dalam zaman feudal lagi. Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai penasihat eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Karpal mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan supaya Anugerah Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ditarik balik.

Beliau berkata, arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan Jamry sepatutnya ditukar seperti keputusan awal yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak perlu meminta maaf kerana tiada salahnya keputusan beliau menukar Jamry.

"Sultan adalah ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam adalah kuasa kerajaan negeri, digaji oleh kerajaan negeri dan sebagai kakitangan kerajaan, mereka boleh boleh ditukar tanpa memberi sebarang alasan. Kalau dipecat, kena beri hak untuk beri penjelasan.

"Pertukaran adalah kuasa kerajaan negeri. Menteri Besar Perak membuat keputusan salah kerana menarik balik keputusan pertukaran Jamry," katanya.

Sementara itu, Ngeh mencabar Zahid untuk membuktikan keikhlasannya sebagai ahli politik kerana pemimpin itu pernah menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian mengubah haluan dengan menyokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri yang didakwa cuba mensabotaj dasar kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dipetik dari Berita Harian

May 2, 2008

KEMPEN ISA DI KALANGAN AHLI PARLIMEN




Ini salah satu kempen yang di jalankan oleh ahli parlimen pembangkang terhadap ahli parlimen BN. Lihat bagaimana Dr Wan Azizah berani bercakap tentang ISA dengan MP yang lain, Dato sharil, Khairi dan lain lain ahli MP. Ini usaha berani mereka berpakat untuk berkempen menghapuskan ISA.

Pada pendapat anda adakah ISA ini perlu dihapuskan atau bagaimana atau perlu digantikan dengan akta lain yang lebih telus. Sila beri komen anda.

ADAKAH AHLI PARLIMEN BERSEDIA UNTUK SIARAN LANGSUNG TV

May 1, 2008

There was an error in this gadget