May 22, 2008

KEPUTUSAN MT UMNO 21 MEI 2008, - PELAN PEMULIHAN POLITIK UMNO. Apakah UMNO boleh berjaya, ..?

Berikut adalah kenyataan penuh keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada sidang media jam 12.15 tengah malam:

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada hari ini telah mengambil maklum bahawa Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir telah mengutuskan surat secara rasmi kepada UMNO untuk keluar dari parti.

Jadi mesyuarat pada hari ini mengambil maklum akan keputusannya dan majlis Tertinggi juga berharap bahawa Yang Amat Berbahagia Tun dapat kembali kepada parti pada suatu masa nanti.

Yang kedua Majlis Tertinggi hari ini juga telah membincangkan rangka Pelan Pemulihan Politik UMNO dan beberapa pandangan telahpun diutarakan sebelum ini dalam mesyuarat, dan kita akan mengadakan satu perjumpaan khas untuk memantapkan lagi Pelan Pemulihan Politik ini.

Pelan Pemulihan Politik ini akan menjadi landasan untuk UMNO bergerak dengan bersungguh-sungguh untuk memperkasakan kedudukan parti UMNO dan untuk terus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli-ahli parti dan rakyat secaa umumnya.

Majlis Tertinggi pada hari ini juga memutuskan untuk terus memberi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Presiden parti untuk terus memimpin dan untuk mengembalikan keyakinan kepada parti dalam usaha kita berasaskan kepada Pelan Pemulihan Politik.- 21/5/2008

Petikan berita TV3 dan RTM1
---

Persoalan sekarang APAKAH PELAN PEMULIHAN UMNO, apakah PM akan letak jawatan dalam masa terdekat ini atau pada Dis ini. Ini menjadi misteri lagi. MT tidak memberi ulasan panjang mengenai Tun M, cuma menerima keputusan keluar UMNO, saya rasa MT UMNO sudah faham isyarat Tun dan Paklah juga kena faham kehendak ahli bawahan ini.

No comments:

Post a Comment