Sejauh mana UMNO ingin berubah, apakah sekadar dalam dewan PWTC sahaja atau sekadar indah dibibir sahaja. Kata orang melayu, makan tebu hanya manis dimulut sahaja, habis manis hampas dibuang.
Dalam majlis penamaan calon di bukit Gantang kemarin ahad 29 Mac 2009, penyokong PAS telah meneriak UMNO rasuah. Rasuah Rasuah Rasuah berulang-ulang kali. Ini sudah tentu memberi tamparan hebat kepada kepimpinan Najib selaku presiden UMNO yang baru dan Khairi sebagai ketua pemuda. Kedua mereka mempunyai kontroversi rasuah yang tak dapat dibukti. Tetapi perpeksi rakyat sudah tentu mengugat UMNO.
Dalam UMNO ingin menghapuskan rasuah dalam parti, pemimpinnya pula di tangkap dan di tuduh rasuah. Azalina dan Ali Rostam antara pemimpin UMNO yang di siasat dalam kes rasuah. Jadi imej UMNO dalam situasi yang tidak menyakinkan rakyat untuk memilih mereka.
Ujian di 3 pilihanraya kecil, bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai akan melihat sejauh mana pengaruh Najib, pengaruh Khairi dan bagaimana Nizar memperolehi sokongan semula selepas beliau sebagai Menteri Besar Perak di nafikan haknya.
sejuah mana berubah???
ReplyDeleteikan bilis dulu rasuah RM100 sekarang rasuah RM1000
ikan yu dulu rasuah RM 1 juta sekarang rasuah RM 10 juta.
inflasi teruk ma. RM tiada nilai ma.