Jul 28, 2008

Laporan perubatan dari doktor pusrawi , saiful tidak diliwat.

Hospital pusrawi mengatakan Saiful tak di liwat

lihat laporan di blog tereganu kite

klik sini

Kerusi paling panas Kulim Bandar Baharu



Kerusi ini bakal menjadi kerusi paling panas di Malaysia, apabila Anwar mengumumkan akan bertanding melawan calon BN di kawasan tersebut. Kita sama-sama tunggu , jika mahkamah mengistiharkan kosong kerusi Parlimen ini, maka Anwar akan bertanding sebagai calon PKR.

YB Jeffooi , menerusi blognya www.jeffooi.com

Jul 27, 2008

UMNO terlalu Korup dan kita tidak boleh bersandar kepada mereka untuk menjadi pemerintah negara ini

UMNO memang terlalu KORUP, sejak dalam pemilihan parti lagi, mereka menggunakan wang untuk mencari dan membeli undi, bagaimana kita harus bersandar kepada UMNO untuk menjadi pemerintah negara. Lebih teruk lagi apabila BPR sendiri yang akan memantau pemilihan UMNO. Lihat berita ini , http://www.malaysiakini.com/news/86788.

Jika kita membenarkan pemimpin korup memerintah negara, tunggu bala yang akan menimpa negara ini dan negara dan hancur. Malaysia dipenuhi pemimpin korup dan mementing diri sendiri dan tidak mengutamakan rakyat.

Kita tukar sistem politik korup kepada sistem politik yang lebih adil, baik dan tidak korupsi.... boleh tak?

Doa Tuan Guru Nik Aziz buat Anwar Ibrahim............ Amin, amin, amin, amin, amin

DALAM MASA TERDEKAT SAYA AKAN BERTANDING AHLI PARLIMEN............ DIMANA?

Jul 23, 2008

Datuk Fauzi masuk PKR

Jul 19, 2008

TEMURAMAH ANWAR DENGAN TV BLOOMBERG

Pak Lah perlu beri jaminan bahawa pegawai polis dan undang tidak salah guna kuasa dalam siasatan anwar

ANWAR JANGAN BERI UJIAN DNA PADA KERAJAAN BN.

Jika mereka benar-benar mahu DNA apakah rasionalnya. Jika Anwar melakukan liwat ke dubur saiful, apakah kesan itu ada pada dubur saiful lagi, apakah anwar mampu melakukannya dalam keadaan pinggang anwar yang sakit dan 'barang anwar yang tak berapa tegang akibat tekanan kerja dan sakit pinggang'

Untuk mengelak kontroversi dan keadilan saya cadangkan beberapa cadangan:

1. Adakan suruhanjaya siasatan bebas
2. Pegawai polis yang menyiasat kes anwar 1998 perlu digugurkan dan jangan ada pengaruh terhadap pegawai baru dan bawahan, perlu jaminan KDN
3. Panel doktor bebas di tubuhkan
4. Jaminan surat dari PM bahawa siasatan adil dijalankan, bukan seperti 1998 dimana laporan perubatan doktor ditukar


Komen Terpilih Pengunjung Blog DSAI

Saudara Anwar Ibrahim!My 2 pence worth:

1.Like in a Rape Matter, within 24hrs/max 48hrs of the “incident”, the victim if she reports to the Police, The Rape Crises Unit, will take her for a thorough Medical Examination.

2.The Medical Examination will ascertain inter alia, if there is/are present “foreign”{other then the victim’s}sperm,pubic hair etc.

3.If there is not such, then NFA.

4.If there is, then the victim points to the perpetrator.

5.WITHOUT collateral evidence, the Police CANNOT extract any form of “samples” from the “perpectrator”.

6. The investigators must then only record a statement from the so called “perpectrator” and then hand over the findings to the DPP for a decision.

7.The DPP must weigh the evidence by the Investigators and only if satisfied that there is a case, where prima facie there is evidence, can The DPP order to charge.

My analysis:
1. The Investigators must have taken all the necessary FORENSIC evidence from Saiful.
2. The Investigators must inform you/yr solicitors of the FIR[by Saiful}as per the Criminal Procedure Code.
3. The “Order to Arrest” which is always immediately follows the Order to Charge must be complimentary.
4. The Police must be willing to hand over the Forensic Evidence to you for your Independent Experts to compare yr DNA for consistencies!
Your cannot be “Ordered” to give your DNA, for Godsakes!

I am reliably informed:
1. Saiful’s Fiance’{who has a fetish for shoes} is the daughter of the PA to Datin R!
2.I am reliambly informed that the “condo” in Damansara on Thursday when the so called incident took place, was a meeting of many Honchos with you!

Anyway!
1. We know the 1998 nonsense!
2. We know there are “frightened” persons after 08/03/08

That’s my 2 pence worth Saudara!

From 1975{and u & all of us did not critize Tun Razak &/or Petronas!}, we have been patient!


Godspeed!
jeyapalantsmahesan.blogspot.com

Jul 18, 2008

APABILA PENIPUAN CUBA DI ULANG, TERBONGKAR CERITA 1998, , MENJADIKAN SISTEM KEPOLISAN DAN KEHAKIMAN TIDAK DI PERCAYAI



Kenyataan Media Peguam Berkaitan isu DNA
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar

Kuala Lumpur, Malaysia, 18hb Julai 2008.

Kenyataan yang dibuat oleh oleh pegawai kanan kerajaan telah menimbulkan tanda tanya terhadap kredibiliti perlaksanaan undang-undang, serta kemungkinan adanya konspirasi untuk memburukkan kredibiliti dan reputasi anak guam kami. Kenyataan mereka cuba menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan bekerjasama dengan polis.

Kami merujuk kepada komen yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang dimuatkan di muka hadapan akhbar New Straits Times, mukasurat 3 akhbar The Star dan media elektronik serta bercetak lainnya. Syed Hamid seharusnya menyedari beliau tidak seharusnya cuba untuk mempengaruhi perkara ini.

Sebagai seorang Menteri Kabinet, komen Syed Hamid boleh dikira sebagai satu usaha yang menggangu dan campur tangan proses penyiasatan yang sedang dijalankan. Beliau dipetik sebagai menyebut, “Apa yang beliau takutkan? Doktor peribadi beliau boleh hadir bersama sewaktu sampel diberi.”

Selain ia menjadi satu usaha campur tangan yang tidak perlu, komen ini menunjukkan salah faham yang fundamental terhadap apa yang sebenarnya menjadi kebimbangan kami berhubung keterangan DNA.

Perbicaraan tahun 1998-99, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa berhadapan fenomena pemalsuan keterangan DNA. Penolong Pesuruhjaya Kanan Rodwan telah secara salah memindahkan sampel DNA yang ada dalam simpanan forensik. Dalam pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaraya yang berjaya mendedahkan DNA yang diambil dari sampel darah tersebut telah ditanam di tilam yang terkenal itu. Bila berhadapan dengan fakta ini, pihak pendakwaraya telah meminda pendakwaannya dan meyakinkan Hakim Augustine Paul untuk membuang seluruh keterangan DNA dari rekod, menghalang peguam Datuk Seri Anwar dari menghujah balas.

Individu-individu yang dikaitkan dengan pemalsuan bukti-bukti sepanjang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tahun 1998-1999, ialah Gani Patail, Musa Hasan dan Rodwan, mereka masih merupakan aktor penting kes sekarang, cumanya, hari ini, mereka berada di posisi yang lebih berkuasa dalam aparatus perlaksanaan undang-undang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sebab yang kukuh untuk mempercayai kemungkinan keterangan DNA akan dipalsukan sekali lagi. Ini adalah munasabah kerana petuduh masih dibawah jagaan pihak polis semenjak dari 28 Jun 2008 lagi, dan pihak polis masih memiliki DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes yang lalu.

Kebimbangan anak guam kami, tidak sebagaimana yang Syed Hamid percaya, hanya dengan menyerahkan sampel DNA melalui doktor peribadinya mahupun pakar forensik asing, ianya akan selesai.

Hanya jika ianya dapat diverifikasikan serta disahkan secara bebas, bahawa semua pemeriksaan kesihatan dan sampel yang diambil dari petuduh mestilah diambil secara profesional serta tanpa sebarang campur tangan dari pihak polis, barulah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan untuk turut serta dalam sebarang analisis DNA.

Kami ingin mengulangi di sini tidak ada sebab serta justifikasi yang munasabah untuk bergantung kepada analisis DNA kerana laporan polis yang dibuat oleh petuduh masih diselubungi kerahsiaan dan segala bukti yang menyokong tuduhan tersebut tidak dibenarkan buat kami untuk membaca serta melihatnya.

Adalah salah untuk mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan untuk bekerjasama dengan pihak polis. Beliau bersetuju untuk menemui pihak polis pada tarikh dan waktu yang diatur. Beliau juga telah memberi kenyataan panjang yang mengambil masa selama 5 jam, juga membenarkan secara sukarela agar seluruh badannya diperiksa dan bahagian sulitnya diukur, bercanggah dengan sumber yang tidak bernama yang dipetik hari ini oleh New Straits Times pada mukasurat 6.

Kami juga ingin menegaskan di sini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi keterangan yang panjang walaupun dia boleh untuk kekal diam kerana itu adalah haknya mengikut undang-undang dan juga kerana Datuk Seri Anwar masih tidak tahu isi kandungan salinan laporan polis petuduh tersebut.

Sivarasa Rasiah
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video Debat harga minyak anwar dan sabery

PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

PART 6

PART 7

PART 8

Jul 13, 2008

Jul 5, 2008

BALA MEMBUAT KENYATAAN PERTAMA DENGAN RELA HATI.

4hb Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Saya telah diberitahu bahawa Encik Balasubramaniam a/l Perumal telah pada pukul 11 pagi tadi di persidangan media yang diadakan di Prince Hotel mengeluarkan suatu akuan bersumpah yang menarik kembali akuan bersumpah awal beliau yang diikrarkan pada 1 haribulan Julai 2008.

Alasan yang diberikan bagi penarikan kembali ini adalah kerana akuan bersumpah asal beliau yang dirakamkan sendiri oleh saya telah “dipaksa untuk diikrarkan di bawah tekanan”.

Tiada perincian rapi diberi berhubung dakwaan paksaan dan tekanan tersebut. Encik Bala dilaporkan hanya berdiam diri di persidangan akhbarnya pagi ini apabila ditanya mengenai siapakah yang menakut-nakutkan beliau.

Untuk rekod, saya ingin menyatakan bahawa akuan bersumpah yang diikrarkan oleh Encik Bala pada 1 haribulan Julai 2008 yang mana telah dikeluarkan semalam telah diikrarkan dengan rela hati di hadapan saya dan di dalam kehadiran seorang pesuruhjaya sumpah bernama Dr. T. Yokheswarem.

Saya juga ingin menekankan bahawa saya telah selama 26 tahun lamanya menjadi ahli Badan Peguam Malaysia dan tidak pernah sekalipun saya bersepakat dengan mana-mana anakguam saya dengan memaksa mereka memberikan maklumat palsu dalam apa keadaan sekalipun.

Kali pertama saya berjumpa dengan Encik Bala adalah dalam sekitaran dua bulan lalu di sebuah restoren di dalam kehadiran beberapa orang yang lain di mana beliau meminta saya untuk menolong beliau untuk mendokumenkan keterangan beliau. Saya memulakan proses tersebut dua minggu selepas itu. Saya menemui beliau beberapa kali dan akan mencatat apa yang beliau beritahu.

Saya tiada sebab untuk meragui setiap apa yang diberitahu oleh Encik Bala kepada saya selain yang benar dan tugas saya terhad kepada mendengar dan merakamkan apa yang beliau hendak katakan serta menyalin pernyataan beliau ke dalam suatu akuan bersumpah dalam bentuk yang teratur dan boleh difahami.

Akuan bersumpah tersebut kemudiannya telah diakusaksi oleh pesuruhjaya sumpah yang tersebut di atas iaitu Dr. T. Yokheswarem di dalam kehadiran saya dan juga Encik Bala sendiri. Kandungan pernyataan di dalam akuan bersumpah tersebut telah dibacakan di hadapan pesuruhjaya sumpah tersebut yang bertanyakan kepada Encik Bala samada beliau faham kandungan akuan bersumpah tersebut dan adakah kandungan itu adalah akuannya.

Setelah Encik Bala mengesahkan pertanyaan tersebut, beliau telah diminta untuk menandatangani tiga salinan akuan bersumpah tersebut dan seterusnya diakusaksi setiap satu oleh pesuruhjaya sumpah tersebut. Encik Bala kemudiannya diminta menyerahkan kad pengenalan beliau kepada pesuruhjaya tersebut dan seterusnya menurunkan tandatangannya di buku rekod pesuruhjaya sumpah tersebut.

Dalam keadaan tersebut, saya sesungguhnya amat terkejut bahawa dalam jangka waktu 24 jam Encik Bala telah mengguna khidmat seorang peguam lain dan mengikrarkan satu lagi akuan bersumpah yang mengesahkan bahawa akuan bersumpah asal adalah tidak benar dan beliau telah dipaksa untuk menandatanganinya.

Oleh kerana saya arif dengan keperibadian Encik Bala setelah menghabiskan masa berjam-jam mencatat pernyataan beliau, saya amat meragui bahawa beliau telah menandatangani akuan bersumpah yang kedua di atas kerelaan dirinya sendiri dan saya yakin, disebabkan tiada lagi alasan lain yang munasabah, beliau sebaliknya telah ditakutkan samada melalui ugutan atau janji-janji untuk berbuat demikian.

Pesuruhjaya sumpah yang mengakusaksi akuan bersumpah yang asal bersedia untuk mengesahkan apa yang dinyatakan oleh saya di atas berhubung kerelaan Encik Bala terhadap akuan bersumpahnya.

Kenyataannya, sebaik bertemu muka, Encik Bala dengan segera mengenali pesuruhjaya sumpah tersebut oleh kerana mereka berdua membesar di kejiranan yang sama di Slim River, yang mana tidak pernah diketahui oleh saya.

Americk Singh Sidhu

Anwar kecam laporan TV3

Jul 1, 2008

Teori Baru Kes Anwar Ibrahim, Kospirasi BN atau Perancangan Anwar atau Memang Liwat Betul..... !!!!!!

Saya terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu terbaru Anwar Ibrahim. Anwar di tuduh melakukan perbuatan liwat terhadap saiful bahari, bekas pekerja Anwar. Saiful pula telah membuat laporan polis di pondok polis HKL.

Anwar mengatakan ia adalah pakatan jahat BN untuk menjatuhkan kerjaya politiknya dengan mengupah saiful membuat laporan terhadap Anwar, mengenai salahlaku Anwar kepadanya. Ketakutan memuncak apabila ia mendapat pelindungan sementara di Kedutaan Turki. Anwar mendakwa keselamatannya dalam bahaya, apabila wujud berita mengatakan nyawanya terancam dan takut ditangkap serta dipukul seperti yang berlaku 1998 dimana ketika itu Anwar di sepak dan ditumbok oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim.

Kini Anwar keluar dari kedutaan Turki, apabila mendapat jaminan PM dan Menteri Dalam Negeri. Isu ini semakin hebat apabila Anwar membuat laporan polis kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, mengenai Konspirasi 1998 dimana ia penjara 6 tahun.

Manakala pihak BN, pula menafikan wujud konspirasi dalam Kerajaan untuk menjatuhkan Anwar. PM, TPM dan beberapa menteri kabinet menafikan ia pakatan kerajaan BN.

Siapa yang benar.... Anwar, Saiful, dan BN, hanya Allah yang tahu.

Ada 3 teori disini :

1. Pakatan BN untuk menjatuhkan Anwar, dengan mengupah profesional dalam bidang undang-undang serta risik, dengan merangka pelan konspirasi, dimana pelakon utama filem ini ialah Saiful.

2. Teori kedua ialah Perancangan Anwar sendiri, untuk memburukkan BN dan menarik sokongan terutama MP BN supaya cepat menyertai Pakatan Rakyat. Anwar mungkin berpakat dengan saiful dengan mereka-reka cerita palsu, kes liwat. Teori kedua ini agak janggal dan berisiko kepada Anwar dan Saiful, apabila dikatakan sebagai Laporan Polis Palsu.

3. Teori ke - 3, ialah cubaan Anwar mengalih perhatian umum kepada isu lain dari kesalahan peribadi sendiri.

Ketiga-tiga teori diatas bermain di minda saya dan mungkin minda anda. Anda mungkin boleh komen dan marah mengenai ketiga-tiga andaian saya.

Terbaru 2 ptg ini, Anwar akan membuat laporan Polis terhadap AG

SMS DARI TALIAN 32300, MENYATAKAN , Anwar diiringi penyokong akan membuat laporan polis terhadap AG Gani Patail dan KPN Musa Hassan di IPK Shah Alam pada pukul 2 ptg ini, kemudian, kira-kira jam 3.30 ptg sidang media akan diadakan.

Apabila keselamatan rakyat di pertikaikan

Sejak 3 hari ini, negara dikejutkan dengan berita mengenai kes liwat DSAI terhadap pembantunya.

Kes ini adalah skrip lama 1998 dan di olah oleh pelakun muda baru Saiful Bahari. Apa kes lebam yang melibatkan Ketua polis negara memukul sendiri Anwar pada masa itu, kini rakyat tidak lagi mempercayai sistem keselamatan negara khasnya yang melibatkan nyawa pemimpin pembangkang.

Anwar Ibrahim atas nasihat parti telah pergi ke kedutaan Turki di KL untuk meminta pelindungan kerana mereka bimbang kes mata lebam akibat dipukul Ketua Polis Negara akan berulang kembali.

Kemarin 30 Jun Anwar di beri jaminan Menteri Dalam Negeri, mengenai keselamatannya. Apakah ini akan berteruskan berlaku, dalam konteks apa yang dikatakan Malaysia aman dan makmur.

Tindakan mengupah seorang budak higusan membuat laporan polis terhadap musuh politik adalah budaya jahat yang semakin membimbangkan rakyat. Kini kepercayaan rakyat terhadap sistem undang-undang dan keselamatan di pertikaikan banyak pihak.

Speaker Di Asak Pembangkang, dan akhirnya .......................... ?

Pakatan Jahat eksekutif kehakiman dan kepolisian, untuk menjatuhkan Anwar dan PKR