Jul 1, 2008

Teori Baru Kes Anwar Ibrahim, Kospirasi BN atau Perancangan Anwar atau Memang Liwat Betul..... !!!!!!

Saya terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu terbaru Anwar Ibrahim. Anwar di tuduh melakukan perbuatan liwat terhadap saiful bahari, bekas pekerja Anwar. Saiful pula telah membuat laporan polis di pondok polis HKL.

Anwar mengatakan ia adalah pakatan jahat BN untuk menjatuhkan kerjaya politiknya dengan mengupah saiful membuat laporan terhadap Anwar, mengenai salahlaku Anwar kepadanya. Ketakutan memuncak apabila ia mendapat pelindungan sementara di Kedutaan Turki. Anwar mendakwa keselamatannya dalam bahaya, apabila wujud berita mengatakan nyawanya terancam dan takut ditangkap serta dipukul seperti yang berlaku 1998 dimana ketika itu Anwar di sepak dan ditumbok oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim.

Kini Anwar keluar dari kedutaan Turki, apabila mendapat jaminan PM dan Menteri Dalam Negeri. Isu ini semakin hebat apabila Anwar membuat laporan polis kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, mengenai Konspirasi 1998 dimana ia penjara 6 tahun.

Manakala pihak BN, pula menafikan wujud konspirasi dalam Kerajaan untuk menjatuhkan Anwar. PM, TPM dan beberapa menteri kabinet menafikan ia pakatan kerajaan BN.

Siapa yang benar.... Anwar, Saiful, dan BN, hanya Allah yang tahu.

Ada 3 teori disini :

1. Pakatan BN untuk menjatuhkan Anwar, dengan mengupah profesional dalam bidang undang-undang serta risik, dengan merangka pelan konspirasi, dimana pelakon utama filem ini ialah Saiful.

2. Teori kedua ialah Perancangan Anwar sendiri, untuk memburukkan BN dan menarik sokongan terutama MP BN supaya cepat menyertai Pakatan Rakyat. Anwar mungkin berpakat dengan saiful dengan mereka-reka cerita palsu, kes liwat. Teori kedua ini agak janggal dan berisiko kepada Anwar dan Saiful, apabila dikatakan sebagai Laporan Polis Palsu.

3. Teori ke - 3, ialah cubaan Anwar mengalih perhatian umum kepada isu lain dari kesalahan peribadi sendiri.

Ketiga-tiga teori diatas bermain di minda saya dan mungkin minda anda. Anda mungkin boleh komen dan marah mengenai ketiga-tiga andaian saya.

No comments:

Post a Comment