Jul 1, 2008

Apabila keselamatan rakyat di pertikaikan

Sejak 3 hari ini, negara dikejutkan dengan berita mengenai kes liwat DSAI terhadap pembantunya.

Kes ini adalah skrip lama 1998 dan di olah oleh pelakun muda baru Saiful Bahari. Apa kes lebam yang melibatkan Ketua polis negara memukul sendiri Anwar pada masa itu, kini rakyat tidak lagi mempercayai sistem keselamatan negara khasnya yang melibatkan nyawa pemimpin pembangkang.

Anwar Ibrahim atas nasihat parti telah pergi ke kedutaan Turki di KL untuk meminta pelindungan kerana mereka bimbang kes mata lebam akibat dipukul Ketua Polis Negara akan berulang kembali.

Kemarin 30 Jun Anwar di beri jaminan Menteri Dalam Negeri, mengenai keselamatannya. Apakah ini akan berteruskan berlaku, dalam konteks apa yang dikatakan Malaysia aman dan makmur.

Tindakan mengupah seorang budak higusan membuat laporan polis terhadap musuh politik adalah budaya jahat yang semakin membimbangkan rakyat. Kini kepercayaan rakyat terhadap sistem undang-undang dan keselamatan di pertikaikan banyak pihak.

No comments:

Post a Comment