Aug 29, 2008

Ahli Parlimen BN tidak lompat !!!, hanya madu penyedap Abdullah


Tan Sri Muhyidin Yassin dah mula bersuara. Dia berkata BN perlu di jenama semula, bermaksud pucuk pimpinan dan komponen perlu di rombak dan di beri wajah kepimpinan baru.

Dia berkata laporan mengatakan komponen BN akan melompat parti jangan di pandang mudah dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Dia berkata kenapa ini berlaku? Ini menunjukan dasar tidak kena. BN perlu di jenama dan di rombak dan di beri nafas semula.

Di dewan rakyat pula seramai 20 ahli MP BN dari sabah mengatakan taat setia kepada BN. Ramai berpendapat ikrar tersebut hanya madu penyedap Abdullah dan pucuk pimpinan BN sahaja. Dalam politik macam-macam boleh jadi. Dalam politik tidak ada perjanjian dan tidak ada surat peguam dan sesiapa boleh masuk atau keluar parti.

BN semakin tertekan apabila Anwar di lantik sebagai ketua pembangkang. Pengalaman Anwar yang banyak dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan satu kelebihan dan aset penting kepada Anwar dan Pakatan Rakyat untuk melawan kerajaan BN yang korup.

Mengikut perancang strategik PKR Saifudin Nasution, Anwar dah mula menerima SMS dari ahli parlimen BN mengucapkan Tahniah di atas perlantikan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Momentum ini dan khabar lompat melompat dan ketidakpuashati rakyat akan semakin merebak selepas ini. Sama-samalah kita lihat .

Lihat video ini, ulasan


Lihat berita dari www.mstar.com.my

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat
Oleh G. MANIMARAN


(Dikemas kini, pukul 1500) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

No comments:

Post a Comment