Aug 30, 2008

Berbukalah dengan buah kurma , amalah sunnah


KURMA AJWA (KURMA NABI) :

Pokok kurma mula berbunga pada permulaan musim panas dalam bulan April dan akan berbuah pada bulan Mei serta seterusnya masak di pokok pada bulan Jun setiap tahun. Suhu pada musim-musim panas di Arab Saudi menjadikan pohon kurma sesuai berbunga dan seterusnya berbuah. Suhu yang sesuai ialah di antara 40 darjah sehingga 60 darjah Celsius.

Semua orang tahu bahawa pohon kurma seiras macam pokok kelapa sawit, tetapi sifat-sifat kedua-dua pokok ini mungkin tidaklah sama. Jika diperhati secara dekat, terdapat banyak perbezaan di antara pokok kurma dengan pokok kelapa sawit. Oleh itu, kesesuaian tanaman ini di kawasan kering dengan kelapa sawit di kawasan lembab adalah salah satu perbezaan besar bagi kedua-dua pokok ini.

Menurut beberapa pendapat, buah kurma amat baik dimakan untuk menjaga kesihatan. Kurma nabi atau terkenal sebagai ”ajwa” (foto di atas) adalah amat disukai oleh junjungan Nabi kita Muhamad saw. Rasulullah yang menanam kurma ajwa ini sendiri di Madinah. Beliau pernah bersabda, ”Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu” (Riwayat dari Sa’ad ra – HR Muslim).

Aisyah ra pernah berkata; Rasulullah bersabda, ”Sesungguhnya pada kurma ajwa itu ubat yang mujarab dan ajwa merupakan buah dari surga.” (HR Tirmizi).


SELAMAT BERPUASA


Fauzi Ahmad

No comments:

Post a Comment