Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.
“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.
Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”
Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.
“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.
Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”
Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”
http://drmaza.com
---------------
KENYATAAN ANWAR
Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?
Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?
Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!
Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.
Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.
ANWAR IBRAHIM
-----------------
LIHAT VIDEO SUMPAH SAIFUL
APAKAH BENAR, TUDUHAN DI BAWAH DENGAN PENGAKUAN SAIFUL YANG KATA DIA BUAT DENGAN DI PAKSA OLEH ANWAR
Saya ingin berkongsi pandangan saya selepas baca artikel dari Malaysia-Today bertajuk "Shouldn't Saiful be charged too?".
DSAI Didakwa dibawah Seksyen 377B atas dakwaan "dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii".
Untuk pengetahuan semua, Seksyen 377B berbunyi "melakukan persetubuhan/perhubungan diluar tabii" tidak menyatakan bahawa ianya dilakukan secara paksaan atau tidak.
Jika diteliti, ada satu seksyen yg lebih tepat sepatutnya terpakai dalam kes ini iaitu 377C yang berbunyi "melakukan persetubuhan/perhubungan diluar tabii tanpa rela".
Jadi jika betul nak dakwa DSAI meliwat si SayFool ni, sepatutnya dakwalah DSAI bawah Seksyen 377C yang jelas lebih tepat.
No comments:
Post a Comment