Aug 29, 2008

KEBEBASAN MEDIA TIADA : LAIN MAHAZIR CAKAP, LAIN YANG MEDIA KERAJAAN BN LAPOR

Anda boleh lihat kebebasan media Malaysia, semua takut melapor perkara yang benar, apabila dikritik hebat oleh bekas PM Dr. Mahadzir.

Di petik dari www.chedet.com

1.Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3.Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.

4.Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5.Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6.Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.

10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?

No comments:

Post a Comment