Aug 30, 2008

Penubuhan Kerajaan Baru Pakatan Rakyat , Hanya Menunggu Masa Sesuai

Barisan Nasional semakin panik, semalam paklah memberi amaran jangan gugat kerajaan sekarang yang dipilih rakyat. Kenyataan itu merujuk kepada desas desus kencang penubuhan kerajaan baru seperti yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional hanya memberi sedikit gula dalam bajet 2009 kepada rakyat, sedangkan ekonomi tidak begitu baik, kita kekurangan pelaburan asing, inflasi naik, pengangguran dan yang paling penting pesepsi dunia kepada BN adalah menurun. Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh rakyat memberi mesej jelas kepada perubahan. Majoriti dan peratus sokongan kepada Pakatan Rakyat naik dari bulan mac 2008.

SMS ucapan tahniah telah di terima Anwar oleh beberapa MP BN, sementara di pihak BN mereka mengata tidak. Diluar parlimen hanya 20 MP sabah serawak yang hadzir sidang media Dato Shafie yang mengatakan mereka tetap setia pada BN, mana selebihnya, sedang ahli parlimen Sabah Serawak lebih 20 orang.

Dipihak Gerakan, MIC dan MCA ada yang berminat apabila Anwar memberi mesej jelas kepada mereka bahawa kaum mereka akan dilayan dengan adil. Khabar angin itu di kuat lagi apabila Tan Sri Muhyidin berkata "BN jangan pandang mudah apabila ada laporan mengatakan ahli parlimen parti cina BN akan masuk pakatan rakyat"

Bekas pengerusi BN Tun Mahdzir berkata BN semakin lemah di bawah paklah, persepsi begitu akan memberi gambar yang buruk kepada prestasi BN dan rakyat jelas menolak BN di Permatang Pauh.

Saifudin Nasution dan Azmin Ali berkata, perubahan tidak perlu gopah gapah dan ia perlu perancangan dan masa yang sesuai. Adakah 16 Sep 2008 masa yang sesuai. Bagi saya jika ia berlaku, jangan kalut' , biar peralihan berlaku dengan lancar, perlu kemaskini barisan kabinet baru dan kaedah pelaksanaan yang efektif.

Sabarlah... jika baik, biarlah selamat, penyokong dan rakyat terbanyak perlu sabar.

No comments:

Post a Comment