P44 Milik siapa?
Milik siapa tak penting. Tetapi budaya politik bodoh dan modal politik yang rendah mewarnai kempen pilihanraya permatang pauh.
Pihak BN mengata anwar dan anwar pula terpaksa menjawap semua isu yang dibangkitkan. Tetapi BN banyak mengunakan serangan peribadi kepada Anwar untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. PR pula membalas serangan BN tersebut. Hampir setiap hari dan malam mereka berkempen.
Pada kali ini nampak sikit perubahan apabila PKR melancarkan slogan Merdeka untuk tarikan pengundi Permatang Pauh. Namun keseluruhan isu adalah serangan peribadi Najib dan Anwar.
Kita perlu berubah dengan menonjolkan APAKAH AGENDA YANG PARTI AKAN BUAT JIKA MEMERINTAH. Kita perlu budaya politik bersih.
Politik bersih dari:
1. Membeli undi
2. Kutip kad pengenalan
3. Halang pengundi dari keluar mengundi
4. Takutkan pengundi
5. Kempen yang keterlaluan / bising
6. Nama tiada dalam daftar pemilih
7. Pengundi hantu
8. Dipaksa mengundi
9. Gaduh kerana beza fahaman
dan banyak lagi budaya atau cara politik yang agak sempit dan kurang terbuka. Kebebasan rakyat memilih pemimpin perlu di beri keutamaan.
Selamat mengundi kepada pengundi sah permatang pauh.
Merdeka, Merdeka, Merdeka
No comments:
Post a Comment