Sep 29, 2008
Sep 19, 2008
Isu Kaum : Kenapa Setelah 51 Tahun Masih Berbangkit
Itulah soalan yang saya ingin lontarkan kepada anda semua.
Saya hairan setelah 51 tahun kita merdeka, isu kaum masih lagi di hebohkan dan gembar gembor oleh pihak tertentu. Siapa yang salah dalam soal ini.
Kepada parti politik berasaskan kaum saya nak tanya kenapa mewujudkan polimik ini, Contohnya parti yang berasaskan kaum ialah UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Dikalangan mereka walaupun dalam komponen yang sama, tapi masih berselisih pendapat dan mewujudkan polimik yang tak sedap di dengar.
Kenapa harus kita berpolimik dalam isu kaum, dimana silapnya, adakah sistem sekarang belum berjaya mewujudkan keadilan kepada semua kaum.
Apabila wujud sedikit pun detik ketidakpuasan hati kaum, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera.
Nasihat saya jangan bakar semanggat kaum keterlaluan, anggaplah negara ini untuk semua rakyat Malaysia. Semua parti politik perlu peka dan jangan lagi menimbul isu ini dan hiduplah dalam keadaan aman sejahtera.
Adakah Sistem BN berjaya? atau Kaedah PR berjaya?
Sep 17, 2008
Kelemahan Bang Lah menguntungkan Pakatan Rakyat
Saya lebih mesra memanggil banglah. Orang utara kalau panggil bang lebih sedap. Paklah pun panggil juga, kadang kala, kalau sembang dengan kawan-kawan.
Pagi tadi pi Bukit kayu hitam dan lepas tu bertolak ke pekan rabu Alor Setar. Kami membeli belah untuk persiapan raya puasa. Dalam kereta kami dok sembang pasal paklah ni. Saya agak terkejut juga, apabila ayah saya kata "Paklah la ni riuh diperkatakan di kampung-kampung, ayah saya kata kelemahan BN hari ini adalah kerana kelemahan paklah sendiri". Ayah saya ni penyokong kuat UMNO.
Ayah kata dia di perlawa untuk menyertai rombongan mufti Perlis ke Kuala Lumpur, tapi dia kata tak dapat pi sana kerana jumaat ini kena baca kutbah. Mufti Perlis di jemput untuk memberi ceramah di sana.
Mufti ada memberi tahu bahawa dia menegur kerajaan hari ini, terutama pemimpin UMNO supaya menjaga akhlak dan moral serta jauhi dari rasuah. Kalau tak ikut, lihat apa jadi sekarang UMNO hilang kepercayaan dari ahli sendiri dan rakyat membuat pilihan kepada pemimpin yang beragama dan berbudi mulia.
Dari perbualan kami anak beranak, saya sempat mencelah, " ........ la kita pilih pemimpin yang berakhlak, bersih dan berbudi, tak kira parti mana".
Sekarang ini, perbahasan mengenai kelemahan paklah semakin kuat, bukan sahaja media cetak dan internet, tetapi orang kampung dan ahli-ahli UMNO sendiri. Di pihak parti komponen BN seperti MCA dan GERAKAN mereka membantah ISA, kemudian terbaru Dato Zaid Menteri Kabinet Paklah letak jawatan, kemudian Pakatan Rakyat membuat peperangan yang amat hebat, mengenai peralihan kerajaan. Tekanan juga kuat dari Dr Mahadzir dan Muhyidin Yasin serta beberapa menteri lain.
Semua itu membuktikan bahawa paklah perlu berundur dan PR perlu ambil peluang keemasan ini.
BN semakin tertekan, desakan dari dalam parti dan luar parti. Abdulllah perlu undur segera
MCA : Bebaskan Raja Putra dan Teressa
MCA adalah komponen BN, ia juga merasakan tindakan kerajaan menggunakan ISA adalah tidak tepat dan tidak perlu
Zaid letak jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang)
Sebagai menteri yang terlibat dengan soal undang-undang beliau merasakan tindakan kerajaan BN menggunakan ISA adalah salah. Ia juga tidak akan mengembalikan sistem kehakiman dan mahkamah kita.
Mufti perlis kata ISA tak perlu
http://drmaza.com/home/?p=426
Sep 16, 2008
Sep 14, 2008
Zaid mungkin dipecat, kerana bantah ISA
ISA tidak perlu kerana kita ada mahkamah untuk bicara mereka. Beliau sedia letak jawatan jika PM tidak mahu menarik balik penahanan 2 orang lagi dalam ISA kerana sebagai Menteri yang menjaga undang-undang beliau malu dengan tindakan tersebut
Orang BN pun bantah ISA
Mewujud persekitaran Takwa dan amal makruf adalah tugas Pemimpin politik
Kalau dikalangan pemimpin PAS, memang banyak mereka berceramah mengenai kewajipan mendirikan solat. Tapi bagaimana dengan UMNO dan PKR
Kita orang Islam semakin lalai dengan solat dan ini dapat anda perhatikan sewaktu masuk waktu solat khasnya menjelang senja, sibuk dengan urusan membeli dan menjual, melepak di bandar-bandar, dan perbagai masalah dan ragam anak muda di serata tempat di negara ini. Dimana peranan pemimpin UMNO dan pemimpin yang lain dalam mengalakan persekitaran takwa di dalam negara ini.
Jika UMNO gagal mereka harus serah kepimpinan kepada mereka yang layak. Jangan terlalu sibuk dengan kuasa, hingga mengabaikan tanggungjawap kepada Allah. Saya mahu ini dilakukan segera.
Dr Mahadzir Mendedahkan Kelemahan BN dan Peranan Menantu PM dalam politik negara
Apabila bekas Bos BN ini membuat kritikan pedas kepada BN, apa erti semuanya ini, relevankah BN atau ini menandakan riwayat BN akan berakhir.
Ikuti petikan dari laman blog dr M di bawah:
1. Terdapat kecenderungan sejak kebelakangan ini untuk menolak Barisan Nasional sebagai tidak lagi bermaya dan penghalang kepada konsep Kerajaan moden yang bebas dan demokratik. Prestasi BN yang lemah pada pilihanraya umum Mac lalu dikatakan pemerhati asing sebagai bukti perubahan sikap, iaitu penolakan politik berlandaskan kaum sebagaimana yang diamalkan sekian lama.
2. Mereka percaya pengundi Melayu, Cina dan India mengundi untuk menukar kepada rejim yang lebih liberal.
3. Saya telah huraikan dalam artikel sebelum ini yang kemerosotan yang dialami Barisan Nasional disebabkan kebencian pengundi terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
4. Mari kita analisa haluan politik Malaysia sehingga ke prestasi buruk pada tahun 2008 supaya kita lebih faham akan apa yang sebenarnya terjadi. Selama setengah abad Kerajaan Perikatan / Barisan Nasional telah mendapat sokongan penuh rakyat berbilang kaum. Walaupun terdapat turun naik dalam sokongan tetapi Barisan Nasional tetap akan menang pilihanraya-pilihanraya umum dengan mendapat 2/3 kerusi Parlimen. Selain Kelantan, negeri-negeri biasanya memilih Kerajaan Barisan Nasional. Sabah pada satu ketika tidak bersama Barisan Nasional.
5. Pada pilihanraya umum tahun 1999 sokongan Melayu kepada Barisan Nasional menurun kerana simpati kepada Anwar Ibrahim. Tetapi kaum Cina menyokong kuat Barisan Nasional dan seperti biasa menentukan majoriti 2/3 tercapai. Demikian orang kuat pembangkang seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang, yang tidak pernah kalah sebelumnya, kehilangan kerusi mereka.
6. Jika terdapat angin perubahan dan penolakan terhadap Barisan Nasional, ianya sepatutnya ditunjuk dalam pilihanraya umum 2004. Tetapi sebaliknya Barisan Nasional mencapai keputusan terbaik dengan mendapat 9/10 kerusi Parlimen, merampas kembali Terengganu dan hampir menawan Kelantan.
7. Semua isyarat menunjuk kepada penerimaan secara bulat Barisan Nasional dan Kerajaan yang ianya telah tubuhkan. Dan kenapa tidak? Bukankah Barisan Nasional telah bina negara ini hingga ianya menjadi negara yang termaju dikalangan negara membangun, mengadakan pilihanraya bebas, membawa kestabilan dan kemajuan ekonomi yang tiada bandingannya dan mencapai tahap keharmonian kaum yang menjadi contoh kepada banyak negara berbilang kaum di dunia.
8. Bukanlah ianya sentiasa tenang. Terdapat juga masalah - politik, ekonomi, agama dan social. Tetapi semua ini tidakpun mengurangkan sokongan terhadap Barisan Nasional atau menganggu kemajuan dan kestabilan negara dibawah Kerajaan BN.
9. Bolehkah sesiapa berkata bahawa Barisan Nasional tidak menyediakan kerajaan yang baik untuk negara ini? Tentulah pihak pembangkang tidak akan berkata demikian. Tetapi pemerhati asing ramai yang kagum melihat kemajuan negara bijih timah dan getah ini bertukar menjadi negara industri yang moden.
10. Terdapat mereka yang sentiasa mengkritik dengan menuduh yang negara ini kurang demokratik, media cetak dan elektronik yang dikawal, ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan halangan kepada perdebatan terbuka berkenaan isu-isu sensitif. Tetapi mereka ini tergolong dalam puak minoriti dan amat jelas tidak berjaya mempengaruhi pengundi untuk menolak Barisan Nasional.
11. Selepas kemenangan Barisan Nasional yang menakjubkan pada 2004 kenapakah ianya secara terang ditolak pada 2008? Apa yang terjadi di antara 2004 dan 2008? Mungkinkah selepas 50 tahun menyokong politik berlandaskan kaum pengundi memutuskan untuk menolaknya dan menyokong politik bukan perkauman? Adakah pengundi-pengundi di pedalaman dan di kampung tiba-tiba mengkehendakkan keadaan yang lebih liberal? Jika ya kenapa mereka begitu kuat menyokong PAS, parti yang berlandaskan kaum-agama yang jauh sekali liberal?
12. Mungkin orang Cina lebih berfikiran moden daripada Melayu kampung. Mungkin mereka ini sudah tolak politik perkauman. Tetapi sebanyak mana yang diketahui, orang Cina amat tidak puas hati dengan keadaan ekonomi. Penjaja dan peniaga kecil; sub-kontraktor, pemilik kedai runcit semuanya amat tidak puas hati dengan Kerajaan ini. Mereka amat berhati-hati dalam mengkritik Dato Seri Abdullah tetapi apabila ditekan mereka akui yang mereka mahu Abdullah diusir tetapi takut menyatakannya secara terbuka kerana tidak mahu dituduh menolak kepimpinan Melayu. Mereka juga risau jika perniagaan mereka diganggu seperti disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
13. Oleh kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa mereka mengundi pembangkang. Dengan itu Barisan Nasional, selepas mencapai jumlah tertinggi kerusi Parlimen dalam sejarah Perikatan / Barisan Nasional telah tersungkur dan mendapat keputusan yang paling buruk dalam sejarahnya. Adakah penolakan calon-calon Barisan Nasional ini kerana penolakan perikatan Barisan Nasional?
14. Undi yang didapati parti pembangkang bukanlah kerana kemahuan untuk mengganti Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang tidak teratur ini. Ianya adalah undi protes. Tetapi apakah protes ini terhadap parti Barisan Nasional? Apakah ianya penolakan politik berlandaskan kaum? Saya tak fikir begitu.
15. Ianya adalah protes terhadap kepimpinan lesu BN dan bukannya terhadap BN itu sendiri. Rakyat melihat pimpinan BN yang tidak berupaya membuat keputusan, tidak berupaya menangani masalah kenaikan kos sara hidup, berdolak-dalik, tidak berjaya merancakkan ekonomi dan yang terutamanya terkenal kerana meletakkan kepentingan keluarga lebih utama daripada negara. Semua orang tahu berkenaan dengan Tingkat 4 dan peranan kroni Khairy Jamaluddin di dalam menetapkan dasar-dasar dan memutuskan aktiviti-aktiviti perniagaan negara. Rakyat melihat golongan muda yang angkuh ini sebagai menyumbang kepada prestasi lemah Perdana Menteri.
16. Barisan Nasional masih lagi parti politik yang terbaik di Malaysia. Ianya memberi banyak ruang penyelesaian kepada masalah parti-parti di Malaysia dan kaum-kaum yang mereka wakili. Dan tidak dapat dinafikan yang BN telah membangunkan Malaysia sebagaimana yang kita lihat hari ini.
17. Amat sedih jika kita, seperti kata pepatah Melayu, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
18. Apa yang harus dibuat ialah menghalau nyamuk tetapi kelambu terus dipakai.
ISA TIDAK SESUAI ZAMAN INI, IA MERUPAKAN UNDANG-UNDANG ZALIM ZAMAN KOMUNIS SAHAJA
Jika kerajaan gagal mengawal keadaan negara melalui kaedah undang-undang biasa, bermakna ia gagal dalam sistemnya. ISA bukan caranya untuk menahan kebangkitan rakyat bersuara.
Sep 12, 2008
Mencari kawan di Taiwan
Apabila si lembek memerintah
Ramai pemimpin dan ahli parlimen BN telah mula merungut mengenai bos mereka yang gagal mengawal keadaan negara hingga menimbul perbagai isu yang tak sepatutnya berlaku.
Isu jaguh kaum, isu kepimpinan dalaman UMNO, isu letak jawatan dan peralihan kuasa PM, isu rasuah, ketidakstabilan ekonomi, kurangnya pelaburan luar, inflasi meningkat dan pertikaman lidah antara parti komponen BN, membimbangkan ahli parlimen dan rakan-rakan dalam BN. Komponen BN semakin gelisah apabila UMNO masih kalut dengan krisis kepimpinan dalaman.
Bagaimana si lembek ini menangani isu tersebut?
Saya belum nampak apa tindakan yang dibuat dan perang saraf pembentukan kerajaan baru semakin hebat dan BN melihat sebelah mata dan pemimpin lembek ini tidak percaya ia kan berlaku.
Parti pembangkang semakin kuat menekan BN dan mereka nampak relax sahaja... Adakah dengan menghantar ahli parlimen ke Taiwan boleh meredakan keadaan. Saya fikir tiada. PR semakin kuat mengatur strategi mereka. BN jangan pandang mudah.
Lihat komen Najib dalam berita bernama
Dimana peranan boss BN ini?
Sep 11, 2008
Status projek pembenihan negara di Perlis, bagaimana abang Lah.
Saya lalu di jalan Utan Aji, kampung surau, Perlis, ternampak gambar di atas, projek benih negara. Ia dilancarkan di perlis sebelum pilihanraya umum lepas. Apa yang menjadi persoalan bila projek itu nak mula atau bagaimana progress dan status, saya belum nampak manafaat kepada orang kampung dan penduduk Perlis.
Adakah projek ini .wayang' pilihanraya atau bagaimana statusnya?
Sep 10, 2008
Razaligh akan masuk PR, betul ke?,
Desas desus tersebar luas apabila Tengku Razaligh dikata akan masuk pakatan rakyat. Ia juga dikatakan akan mengetuai ahli parlimen BN masuk PR bagi membantu Anwar membentuk kerajaan baru. Sebab itu Dr Mahadzir di terima semula masuk UMNO bagi memperkukuhkan UMNO yang hampir karam di bawah abdulah badawi. Dr M pula sokong razaligh lawan abdullah. Apa sudah jadi dengan UMNO.
Terbaru Parti Sosialis Malaysia juga bersetuju sertai PR dan ini dilihat sebagai memperkukuhkan lagi pakatan rakyat.
Kita boleh lihat semua pihak dan rakyat terbanyak mahu perubahan bagi menidakkan pemerintahan BN yang selama ini berlaku zalim dan tidak adil serta mengamalkan rasuah. BN berusaha sedaya upaya untuk menghalang Anwar membentuk kerajaan. Kenyataan abdullah bahawa PR tidak akan dapat membentuk kerajaan adalah kenyataan kosong yang hanya menyedap telinga penyokong BN, tetapi mereka panik sehingga membawa keluar 49 ahli parlimen BN melancong ke Taiwan.
Apa komen ko orang tentang situasi terkini......................?
Menjawap hujah ezam dalam HUJAH TV9
ANDA BOLEH LIHAT HUJAH EZAM MENGENAI DEB DAN IA MENEMPELAK PAS DAN PKR
Apa yang di perjuangkan oleh Anwar ialah mengenai salah guna kuasa pemimpin melayu yang diberi tanggungjawap untuk melaksanakan DEB bukan menidakkan dasar ekonomi baru tersebut. DEB untuk orang melayu dan bukan untuk melayu yang dekat dan kenal pemimpin. Dalam amalan sekarang kebanyakan kontrak JKR , kemajuan negeri, projek luar bandar hanya dapat kepada kontraktor UMNO, manakala kontraktor melayu yang sokong PAS tidak akan dapat projek, kalau dapat pun harga cukup makan, manakala kontraktor yang sokong UMNO, harga tinggi pun dapat tender, walaupun dok senarai no 10.
Hujah ezam tidak boleh di pakai.
Sep 9, 2008
Gagal kawal negara : paklah perlu letak jawatan atau tukar kerajaan baru
Masyarakat cina mula menekan kepimpinan UMNO yang lemah akibat isu kecil yang diperbesarkan. Isu akan selesai apabila semua pihak bekerjasama dan tidak membuat kenyataan terbuka berbau perkauman.
Terbaru isu pijak gambar Khoo su koon oleh beberapa ahli UMNO. Manakala MCA dan Gerakan pula menekan pucuk pimpinan menuntut hak mereka dilaksanakan. Gerakan pula membuat keputusan putus hubungan dengan UMNO dan kemungkinan keluar BN???
Kekalahan BN di 5 buah negeri memberi gambaran BN dan paklah gagal mengawal keadaan politik negara dan ini menjejaskan ekonomi. Kini pelaburan asing semakin kurang , kemudian harga barang semakin naik.
Paklah tidak tegas dan lembik serta membuat keputusan yang tidak strategik dan hanya mendengar cakap orang lain. Ia tiada visi yang jelas. Ia membiarkan komponen BN menghentam beliau dan sudah tentu melemahkan partinya.
Paklah perlu mengadakan pemilihan segera UMNO seterusnya menukar prisiden atau PAKATAN RAKYAT AMBIL ALIH SECARA TERHORMAT KERAJAAN.
Sep 8, 2008
Hentikan jaguh kaum yang sempit
Ahmad tak yah keras kepala sangat. Apa pun hang cakap orang melayu semakin tertekan dan tidak akan memberi kesan kepada ekonomi kami. Itu bukan cara berpolitik yang baik. Tak payah nak jadi juara melayu, kerana melayu semakin tertindas akibat kepimpinan melayu sendiri. Tak usah ujud carca marba hubungan kaum. Paklah sila ambil tindakan tegas kepada Ahmad ni. Paklah hang jangan lembik sangat. Tumpang dok sejuk lagi, tolong kontrol negara dengan baik dan kena tegas kepada pemimpin yang berjuang untuk jaguh kaum demi politik peribadi.
Gerakan dan MCA jangan kurang ajar dan ambil kesempatan. Jangan apikan sintemen kaum dan hentikan tikaman mulut dengan ahmad UMNO ni.
Henti dan sudahlah,..............?
Sep 7, 2008
PANTUN 16 SEPTEMBER 2008
PANTUN 16 SEPTEMBER
Gotong royong di pagi hari
Membersih masjid suasana ceria
Rakyat gembira menunggu hari
Perubahan berlaku di bulan mulia
Dayung sampan menuju kuala
Peluh mencurah dipanas terik
Perang saraf sudah bermula
BN gelabah serta panik
Makan bersama lagi selera
Kerana takut perubahan menanti
Tiket dibeli keluar Negara
Hati tersentuh lagi tertawan
Baru selisih dengan kekasih
Putrajaya indah menawan
16 Sep bertukar yang bersih
Sep 6, 2008
ADAKAH BERITA INI BENAR ATAU SENSASI .......................?
Dipetik dari harakah
lihat
----------------
Irwan Muhammad Zain
Fri | Sep 05, 08 | 9:48:07 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) - Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin menegaskan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September nanti masih berjalan lancar.
Beliau berkata hanya tinggal beberapa aspek seperti soal teknikal dan perundangan yang perlu diselesaikan.
"Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan dan dalam waktu yang terdekat, sasaran ini akan dicapai," kata beliau.
Dilaporkan hampir 30 wakil rakyat Barisan Nasional akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam KeADILan manakala tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat.
Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.
Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat minggu ini.
Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.
Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat KeADILan telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.
"Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini... pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan KeADILan sahaja," katanya.
Difahamkan ahli-ahli Parlimen yang menyatakan keinginan itu termasuklah mereka yang berada dalam Kabinet.
Semalam Pengerusi Perhubungan KeADILan Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan.
"KeADILan Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," kata beliau.
Beliau berkata demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara. - mks. _
--------
Ulasan
Perang saraf Pakatan Rakyat semakin menjadi, BN hanya mengatakan tidak, tekanan kepada BN semakin kuat, kenyataan BN terutama PM hanya menyedapkan hati penyokongnya sahaja, hakikatnya tiada. Dimana komponen BN semakin hilang kepercayaan. Kenyataan dalam harakah tersebut memang sedap didengar, saya akan tunggu minggu hadapan...... kerana belum ada tanda besar yang boleh menyakinkan. Apa pun kita tunggulah.... ok
Gerakan akan kaji kedudukan dalam BN. Paklah Gelabah
Pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memaklumkan Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Beliau menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN namun berkata parti itu tidak akan tergesa – gesa untuk mengambil sebarang tindakan yang tidak munasabah.
Koh menyatakan Gerakan mahu perubahan sikap dan pendekatan serta mewujudkan semula semangat bermusyawarah yang lebih adil dan saksama antara parti-parti komponen supaya suara semua parti dapat didengar, diambil kira dan dimasukkan dalam agenda BN. "Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu, tapi mungkin lama-kelamaan, kita semakin sibuk, semakin mementingkan diri sehingga kita terlupa,"
Itulah kenyataan Tsun Koon baru-baru ini.
BN semakin gelabah dan paklah kata Agong restui BN dan ia kata 16 sep tidak menjadi kenyataan kepada PR tubuh kerajaan baru.
Sekarang ini momentum kepada perubahan semakin kuat, BN dengan masalah dalaman dan ini menjadi semakin panas dan kusut apabila pakatan rakyat meniup angin perubahan dengan perang yang hampir. Pakatan rakyat dikira berjaya meniup perang saraf mereka dan rata-rata orang kini bercakap mengenai perubahan kerajaan baru.
Apa pun boleh belaku apabila UMNO silap mengurus BN dan kenyataan berbau perkauman oleh UMNO di pulau pinang semasa kempen pilihanraya di jadi modal oleh MCA dan Gerakan untuk meminta UMNO minta maaf.
Kita sama-sama tunggu apa kesudahannya.
Sep 4, 2008
1000 bulan yang kita cari
Marilah sama-sama kita bersedekah setakat yang mampu kepada rakan kita yang kurang kemampuan. Setiap amal di bulan ini akan dilipat ganda berkali-kali pahalanya dan amal yang ikhlas akan membawa ke akhirat.
Wahai saudara ku sama-sama kita bersatu menegakan syiar ini, tanamkan azam untuk mencari cahaya dan mutiara dari Maha Pencipta, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Berkuasa. Allahu akhbar Allahu akhbar Allahu akhbar.
Salam ramazan
Perang saraf atau realiti : Ini berita yang tidak boleh dipandang mudah
Sertai Pakatan: PKR Sarawak dakwa 40 MP tunjuk kesediaan
03-09-2008 11:42:31 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
dipetik dari :mystar.
PETALING JAYA: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.
"PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar Online.
Beliau menyatakan demikian sehari selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara semalam.
Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti," kata beliau.
Ketika ditanya sejauh mana benarnya desas-desus bahawa Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa akan menyertai Pakatan, beliau berkata: "Maaf jangan tanya saya mengenai hal itu. Tiada komen."
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan memberitahu telah menemui kesemua Ahli Parlimen yang dimaksudkannya bagi mengadakan perbincangan mengenai hasrat menyertai Pakatan Rakyat.
"Sudah pastilah saya sudah menemui mereka, tapi siapakah mereka itu tak bolehlah saya dedahkan sekarang. Anda mesti tunggu 16 September ini jika ingin mengetahuinya," katanya.
Ditanya apakah faktor yang mendorong Ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, perkara itu adalah berdasarkan prinsip yang didokong pakatan itu.
"Mereka sudah sedar bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat terutamanya soal memberi perhatian yang lebih baik kepada rakyat di Sarawak dan Sabah yang lebih 10 tahun ketinggalan di belakang," katanya.
Dominique juga menjelaskan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjanjikan pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.
"Datuk Seri Anwar berjanji akan memberikan layanan yang sama rata kepada kami. Tidak seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang," katanya.
Selain itu, beliau juga yakin setelah kerajaan Persekutuan berjaya diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Sarawak akan mengikut jejak langkah yang sama.
"Jangan risau, setelah peringkat pusat kita berjaya kuasai, perkara yang sama juga akan berlaku pada pentadbiran kerajaan negeri Sarawak," katanya.
Beliau juga memberitahu Anwar akan mengadakan lawatan ke Sarawak pada bulan ini, namun tarikhnya masih belum ditentukan.
Apakah Apex Universiti
Tahniah USM ( tempat saya belajar dulu 1991). Tahniah kepada naib canselor dan semua pensyarah serta pegawai yang lain dalam memertabatkan USM sebagai universiti terbaik dunia.
Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khaleed
Sep 3, 2008
Bukti UMNO bersalah , kempen perkauman di permatang pauh
Lihat kenyataan Najib dibawah
UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM
KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang.
‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.
Maruah
‘‘UMNO tidak anggap warga Malaysia bukan Melayu iaitu Cina, India dan lain-lain menumpang di negara ini, sebaliknya mereka warganegara yang mempunyai hak sepenuhnya dan akan menjaga kepentingan serta maruah mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eeastar keluaran Chery yang dipasang di Malaysia hari ini.
Tegas Najib, kenyataan itu amat dikesali oleh UMNO dan kerajaan serta sesuatu ucapan yang tidak diperlukan.
‘‘UMNO memohon maaf walaupun kenyataan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian dan menegaskan kenyataan itu tidak melambangkan pendirian parti ataupun kepimpinan keseluruhannya,’’ katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lepas memberitahu, Ahmad mungkin tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan.
Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pemimpin MCA, Datuk Dr. Fong Chan Onn pula mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.
Sep 2, 2008
Sidang media Anwar mengenai bajet 2009
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.
Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit dan cukai serta melaksanakan sistem tender terbuka.
Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.
Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Mereka juga bimbang dengan peningkatan kadar defisit dalam bajet tersebut.
Sebelum ini Anwar, yang juga bekas menteri kewangan,
telah berkata beliau akan dapat menubuhkan kerajaan baru pada 16 September depan.
Sep 1, 2008
Pengangkutan awam dibandar , apa peranan ahli parlimen pakatan rakyat
Untuk menjadi sebuah negara maju pengangkutan awam di bandar perlu lebih maju dari pengangkutan persendirian. Majunya pengangkutan awam bermakna majulah bandar atau negara tersebut. Kita tidak boleh lagi mengharap pengangkutan persendirian untuk masa hadapan dalam mengerakan perjalanan dalam bandar maju, kerana keluasan tanah bandar adalah tetap dan terhad. Dibandar kita kekurangan 'parking, bahu jalan, laluan pejalan kaki dan nilai dan keluasan tanah amat penting.
Bila kita majukan dan galakan kenderaan persendirian masuk akan menyebabkan kesesakan dalam bandar. Perancangan bandar masa depan harus melihat pengangkutan awam seperti monorail, LRT, MRT, komuter di majukan secepat mungkin dengan menambah laluan dan meningkat pengurusannya supaya lebih mesra pengguna. Maksudnya penguna keluar rumah jalan kaki atau berbasikal dan tiba di stesen LRT dengan mudah dan cepat. Kemudian terus ke pejabat atau tempat kerja dengan mudah. Sistem yang baik dan mesra akan menjadi pilihan generasi atau penduduk bandar nanti.
Ia perlu di seragamkan dan intergrasikan dengan teksi serta bas untuk penumpang atau pengguna bergerak ketempat yang jauh dari stesen LRT atau komuter tersebut. Tanpa intergrasi yang cekap sistem pengangkutan awam kita lemah dan gagal.
Mengenai balik kampung, bas tiada atau tiket habis, merupakan isu lapok yang gagal di tanggani kerajaan BN. Kerajaan BN perlu ambil iktibar dari rungutan orang ramai sejak berpuluh tahun lalu sejak merdeka. Mereka perlu merancang buka pada hari perayaan sahaja tetapi setahun atau 5 tahun sebelum itu. Kalau kita pi pudu raya, kita akan lihat ramai orang berebut membeli tiket untuk balik kampung. Rakyat selalu berasa bimbang dengan sistem bas yang ada, penuh dengan masalah dan kebimbangan tiada bas serta kehabisan tiket.
Sampai bila kerajaan BN ingin membiarkan anak muda berebut membeli tiket untuk balik kampung atau datang semula ke bandar. Kerajaan perlu merancang pembangunan bandar selari dengan kemudahan pengangkutan awam supaya pengangkutan awam lebih di hormati , bukan selalu di maki.
Kalau kita ikut sistem bandar Islam, ciri-ciri selamat, selesa, tidak sesak, tepati masa, kurang masalah jenayah, kurang pencemaran udara, menjaga alam sekitar, cantik dan bersih dan ciri-ciri mesra pengguna OKU dan orang tua, maka sistem bandar kita akan lebih baik dan mudah maju. Ahli politik di Wilayah Persekutuan KL yang majoriti PR perlu melihat isu di KL ini sebagai isu utama dan bagaimana membuat dasar mesra rakyat dan berlandaskan bandar Islam yang boleh dicontohi.
Saya mahu lihat MP pakatan rakyat memain peranan yang lebih baik dalam mengatasi dan membina Bandaraya Kuala Lumpur agar lebih cekap dari segi sosial dan fizikal supaya kuala Lumpur lebih di hormati. Bertindaklah sekarang, agar anda tidak di cemuh generasi akan datang, kerana perancangan bandar perlu bermula dari sekarang.
Ahli parlimen pakatan rakyat banyak mendapat sokongan di bandar besar, seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan penang. Mereka perlu banyak memberi idea dan teknologi baru bagi menyelesaikan pengangkutan awam di bandar yang kurang lagi berkesan.
Cuba kaji dasar berikut:
1. Dasar kurang kenderaan persendirian masuk di zon tertentu dan guna pengangkutan awam
2. Dasar zon parking dan kemudian guna kenderaan awam
3. Bandar baru dengan sistem pengangkutan awam cekap
4. LRT di semua zon utama di kuala lumpur
5. Belanja lebih untuk membina sistem pengangkutan awam yang berkesan
Sejauh mana sistem monorail scomi yang beroperasi di Kuala Lumpur berkesan dengan pengangkutan lain di bandaraya kuala Lumpur. Kenapa lalulintas di KL masih sesak selepas ada sistem monorail dan LRT. Dimana silapnya sistem sediada.
2 Penyelesaian yang perlu di buat:
1. Meningkat sistem sediada
2. Membangun bandar baru dengan sistem pengangkutan awam yang cekap
Konsep