Sep 3, 2008

Bukti UMNO bersalah , kempen perkauman di permatang pauh

Ia di akui sendiri oleh Najib dan ia membuat kenyataan perkauman. Persoalannya adakah parti yang berasaskan kaum di negara ini sesuai. Jika ada parti yang berasaskan kaum, mesti ada unsur perkauman seperti ini. UMNO mengambil keputusan terpaksa bagi mengelak MCA masam muka dan lari. Tetapi sedikit sebanyak memberi kesan mendalam pada kaum cina Pulau Pinang. UMNO semakin hilang kreadibilitinya


Lihat kenyataan Najib dibawah

UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM

KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.

Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang.

‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.

Maruah

‘‘UMNO tidak anggap warga Malaysia bukan Melayu iaitu Cina, India dan lain-lain menumpang di negara ini, sebaliknya mereka warganegara yang mempunyai hak sepenuhnya dan akan menjaga kepentingan serta maruah mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eeastar keluaran Chery yang dipasang di Malaysia hari ini.

Tegas Najib, kenyataan itu amat dikesali oleh UMNO dan kerajaan serta sesuatu ucapan yang tidak diperlukan.

‘‘UMNO memohon maaf walaupun kenyataan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian dan menegaskan kenyataan itu tidak melambangkan pendirian parti ataupun kepimpinan keseluruhannya,’’ katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lepas memberitahu, Ahmad mungkin tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan.

Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pemimpin MCA, Datuk Dr. Fong Chan Onn pula mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

1 comment:

  1. apa akan terjadi dengan pemerintahan kerajaan yang ada sekarang ini?adakah negara kita merupakan sebuah negara merdeka yang mengamalkan apa yang dikatakan"double standard".ini terbukti dan terlalu ketara ketika p44 permatang pauh melakukan sekali lagi pilihanraya kecil pada 26 ogos lalu.apabila seorang ketua bahagian Bukit Bendera (datuk ahmad ismail)dengan sengaja mengeluarkan kata -kata yang merupakan sensitiviti kaum,perdana menteri dan timbalan perdana menteri sanggup menjadi"kambing hitam'semata-mata untuk melindungi kesalahan mengenai kenyataan ketua bahagian yang berbaur perkauman.Datuk ahmad ismail pula umpama pepatah melayu"baling batu sembunyi tangan".

    ReplyDelete