Sep 6, 2008

Gerakan akan kaji kedudukan dalam BN. Paklah Gelabah


Pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memaklumkan Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Beliau menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN namun berkata parti itu tidak akan tergesa – gesa untuk mengambil sebarang tindakan yang tidak munasabah.

Koh menyatakan Gerakan mahu perubahan sikap dan pendekatan serta mewujudkan semula semangat bermusyawarah yang lebih adil dan saksama antara parti-parti komponen supaya suara semua parti dapat didengar, diambil kira dan dimasukkan dalam agenda BN. "Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu, tapi mungkin lama-kelamaan, kita semakin sibuk, semakin mementingkan diri sehingga kita terlupa,"

Itulah kenyataan Tsun Koon baru-baru ini.

BN semakin gelabah dan paklah kata Agong restui BN dan ia kata 16 sep tidak menjadi kenyataan kepada PR tubuh kerajaan baru.

Sekarang ini momentum kepada perubahan semakin kuat, BN dengan masalah dalaman dan ini menjadi semakin panas dan kusut apabila pakatan rakyat meniup angin perubahan dengan perang yang hampir. Pakatan rakyat dikira berjaya meniup perang saraf mereka dan rata-rata orang kini bercakap mengenai perubahan kerajaan baru.

Apa pun boleh belaku apabila UMNO silap mengurus BN dan kenyataan berbau perkauman oleh UMNO di pulau pinang semasa kempen pilihanraya di jadi modal oleh MCA dan Gerakan untuk meminta UMNO minta maaf.

Kita sama-sama tunggu apa kesudahannya.

1 comment:

  1. Sdr. Pengarang,

    Pak Lah suruh Ahmad Ismail minta maaf kerana nak ambil hati orang-orang Cina.

    Koh Tsu Koon ugut nak keluar BN pun kerana nak ambil hati orang-orang Cina.

    Kedua-duanya tak dapat, kerana orang Cina sekarang sudah sokong DAP dan PKR.

    http://rahimkassim.blogspot.com/

    ReplyDelete